Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak terus merekodkan peningkata­n kes COVID-19

Sebanyak 419 kes baharu direkodkan, menjadikan jumlah keseluruha­n kes meningkat kepada 17,554 kes

- Oleh Marlinda Mardzuki

Seperti kita semua maklum hari ini, kes kita adalah kedua tertinggi dilaporkan (setakat ini) iaitu sebanyak 419 kes. Kes tinggi sebab kita ada satu Kluster Tembok Sri Aman di mana jumlah positif COVID-19 adalah 159 kes yang dikesan di Penjara Pusat Sri Aman.

KUCHING: Sarawak terus merekodkan peningkata­n kes COVID-19 dengan 419 kes baharu dan ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes meningkat kepada 17,554 kes.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata daripada jumlah berkenaan, daerah Sri Aman mencatat angka tertinggi iaitu 159 kes yang dikesan di Penjara Pusat Sri Aman.

Manakala kes-kes lain dikesan di Bintulu (57), Sibu (54), Miri (34), Sarikei (32), Serian (17), Meradong (17), Marudi (9), Beluru

Timbalan Ketua Menteri

(8), Kanowit (5), Kapit (5), Saratok (5), Julau (4), Sebauh (3), Kuching (3), Matu (2), Lawas (2), Mukah (1), Selangau (1) dan

Dalat (1).

“Seperti kita semua maklum hari ini, kes kita adalah kedua tertinggi dilaporkan (setakat ini) iaitu sebanyak 419 kes. Kes tinggi sebab kita ada satu Kluster Tembok Sri Aman di mana jumlah positif COVID-19 adalah 159 kes yang dikesan di Penjara Pusat Sri Aman.“Kes ini adalah sama dengan kes mendadak yang berlaku di Pusat Tahanan Semuja, Serian. Meskipun jumlah banyak waktu itu, namun dalam tempoh 28 hari, ia dapat dikawal kerana keadaan terkawal dan semua positif dalam pusat tahanan.

“Jadi untuk Kluster Tembok Sri Aman yang berlaku di Penjara Pusat Sri Aman, mereka ini adalah dalam keadaan yang sama. Kes ini dikawal dalam Penjara

Pusat Sri Aman dan tidak didapati merebak ke seluruh bandar Sri Aman,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini, semalam.

Uggah memaklumka­n semalam terdapat satu kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19.

Katanya, dengan penambahan satu kes kematian itu sekali gus menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 meningkat kepada seramai 114 orang.

Menurut beliau, kes kematian ke-114 adalah melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 76 tahun yang mendapat rawatan di Hospital Bintulu kerana mengalami sesak nafas.

“Ujian rt-PCR COVID-19 diambil pada 9 Mac 2021 dan didapati positif COVID-19 pada 11 Mac 2021.

“Keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan meninggal dunia pada 3 April 2021.

“Kes mempunyai ko-morbid penyakit paru-paru obstruktif kronik, darah tinggi dan kencing manis,” katanya sambil mengucapka­n takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.

Uggah berkata, seramai 219 kes baharu yang pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Umum Sarawak (63),

Hospital Sibu (43), Hospital Bintulu (33), PKRC Serian (27), Hospital Miri (21), Hospital Sarikei (17), PKRC di bawah Hospital Kapit (9), PKRC di bawah Hospital Sri Aman (4) dan PKRC Betong (2) semalam.

“Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 yang pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 14,463 orang atau 82.39 peratus dari jumlah keseluruha­n kes COVID-19 di Sarawak.

“Manakala 419 individu disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal,” katanya.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia