Utusan Borneo (Sarawak)

Rompak bersenjata­kan parang, dua lelaki ditangkap di Jalan Matang

-

KUCHING: Dua lelaki tempatan diberkas di sebuah blok rumah pangsa di Taman Sri Makmur, Batu 6, Jalan Matang kerana dipercayai terlibat dengan kes rompak bersenjata­kan parang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan berkata, keduadua suspek berusia 22 dan 25 tahun mempunyai rekod jenayah lampau ditangkap sekitar jam 1.17 petang oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Padawan.

Jelasnya, mereka diberkas kerana disyaki terlibat dengan kes rompakan bersenjata yang berlaku di sebuah rumah di Taman Juta Ria, Jalan

Matang.

“Kejadian ini berlaku sekitar jam 2 pagi (3 April) melibatkan mangsa, seorang lelaki berusia 20 tahun yang bekerja sebagai buruh kasar, mengambil upah mengubah suai rumah di rumah berkenaan.

“Semasa mangsa sedang tidur, tiba-tiba pintu rumah diketuk orang tidak dikenali, apabila mangsa membuka pintu tiga lelaki telah menyerbu masuk ke dalam rumah, salah seorang lelaki bertindak mengacukan parang di leher mangsa dan dua lagi rakan suspek mengambil barang milik mangsa,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambahnya, selepas mengambil barang milik mangsa, ketiga-tiga lelaki tersebut melarikan diri menggunaka­n motosikal milik mangsa yang disimpan dalam rumah.

Menurut beliau lagi, antara barang yang hilang kad pengenalan, dua kad bank, lesen memandu, seunit mesin penebuk dinding, motosikal dan telefon bimbit dengan anggaran kerugian sekitar RM15,000.

Hasil tangkapan kedua-dua suspek, Aidil berkata polis turut merampas sebuah motosikal, serangkai kunci motosikal dan telefon bimbit.

“Kedua-dua suspek mengaku ada pergi ke rumah mangsa bersama seorang lagi rakan bernama ‘Amir’ (suspek ketiga) yang masih bebas dan melakukan perbuatan samun tersebut.

“Kedua-dua suspek dibawa ke Pejabat Narkotik IPD Padawan

untuk menjalani ujian air kencing dan direman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaska­n bahawa hasil siasatan mangsa mengatakan melihat suspek melarikan diri menggunaka­n motosikal miliknya ke kawasan jalan raya utama SMK Matang Hilir.

“Pemeriksaa­n di tempat kejadian telah dilakukan dan kawasan perumahan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV),” ujarnya.

Bagaimanap­un, katanya motosikal milik mangsa telah dijumpai semula di Jalan Batu 6.

Tegasnya, polis sedang giat berusaha mengesan suspek ketiga.

Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? RAMPAS: Antara barang yang dirampas.
RAMPAS: Antara barang yang dirampas.
 ??  ?? PADAH: Kedua-dua suspek berjaya ditangkap.
PADAH: Kedua-dua suspek berjaya ditangkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia