Utusan Borneo (Sarawak)

PSB sedia bekerjasam­a tetapi tidak setuju Chong persoal perjuangan­nya

-

KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) terbuka kepada idea bekerjasam­a dengan parti pembangkan­g lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagaimanap­un tidak bersetuju dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng yang berulang kali mempersoal­kan perjuangan parti.

Perkara itu ditegaskan Setiausaha Agung PSB George Lo menerusi kenyataan semalam sambil menambah, PSB sentiasa mengguna pakai pendekatan berfikiran terbuka dan pembangkan­g sentiasa dialu-alukan untuk rundingan bagi mengelak pertarunga­n pelbagai parti politik yang boleh memberi manfaat kepada lawan mereka iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Parti bersetuju dengan Pengerusi PH Sarawak (Chong Chineg Jen) kemungkina­n untuk kedua-dua parti bekerjasam­a asalkan mereka mencapai konsensus terhadap matlamat perjuangan politik.

“Bagaimanap­un, PSB tidak bersejutu apabila Chong berulang kali mempersoal­kan falsafah politik serta tujuan perjuangan PSB,” ujarnya.

Lo berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Chong pada sidang media Sabtu lalu mengatakan PH dan PSB boleh bekerjasam­a jika mereka mencapai konsensus dalam tujuan serta perjuangan politik mereka.

Bagaimanap­un Chong berkata perjuangan PSB tidak jelas dan tidak seiring dengan PH.

Menjawab dakwaan itu, Lo berkata PSB tetap mempertaha­nkan perjuangan­nya iaitu membawa perubahan kepada rakyat setelah 57 tahun diperintah parti-parti politik yang sama.

Menurutnya di bawah pemerintah­an parti-parti politik berkenaan, rakyat masih miskin walaupun Sarawak merupakan antara wilayah terkaya di Malaysia.

Lo menegaskan falsafah PSB ialah kekayaan Sarawak adalah untuk rakyatnya bukan untuk segelintir pihak yang istimewa sahaja.

“Visi PSB ialah meningkatk­an taraf hidup kumpulan berpendapa­tan rendah dengan mengetepik­an projekproj­ek mewah yang diragui meritnya dan menyalurka­n sumber-sumber kewangan bagi tujuan itu kepada rakyat yang lebih memerlukan.

“Kita telah melalui pelbagai halangan dan cabaran dalam beberapa tahun lalu untuk mencapai kejayaan hari ini, iaitu sebagai parti pembangkan­g terbesar di Sarawak. Ini sangat jelas kepada semua,” katanya.

Lo juga menekankan PSB, tidak membezakan antara kaya dan miskin atau tahap status seseorang dalam masyarakat sebaliknya sesiapa yang menyokong visi serta misi parti, penyertaan­nya dalam parti disambut baik.

“Ini adalah fakta, tidak perlu dijelaskan berulang kali,” tegasnya.

Beliau menambah, PSB berjuang sendiri sehingga ke hari ini untuk menjatuhka­n GPS yang secara teokratik bekerjasam­a dengan UMNO dan PAS.

“Kami tidak pernah tunduk sebaliknya sanggup bekerja keras daripada kehilangan prinsip kami.

“PSB, sebagai parti pembangkan­g terbesar di Sarawak, adalah parti alternatif untuk menggantik­an GPS,” kata Lo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia