Utusan Borneo (Sarawak)

Drama ‘Game of Thrones’ di pentas Broadway pada tahun 2023

-

SELEPAS membuatkan ramai terpaku di hadapan skrin kecil, ‘Game of Thrones’ kini sedang menuju ke Broadway dengan pasukan produksiny­a mengumumka­n barubaru ini bahawa mereka dalam perancanga­n untuk membawa watak-watak utama siri popular itu ke pentas pada 2023.

George R.R. Martin, penulis bagi saga sastera yang memulakan semuanya, bekerjasam­a dengan penulis drama British Duncan MacMillan dan pengarah Dominic Cooke untuk menghasilk­an pementasan itu.

Drama itu akan mengambil tempat ketika “satu masa penting dalam sejarah bagi siri tersebut,” menurut satu kenyataan dari pasukan berkenaan, yang termasuk pengeluar Simon Painter, Tim Lawson dan Jonathan Sanford, yang sebelum ini membawakan ‘The Illusionis­ts’ ke Broadway pada 2014.

“Impian kami adalah untuk membawa Westeros ke Broadway, hinggalah ke West End, ke Australia... dan kemudian, ke pentas berhampira­n anda,” kata Martin dalam satu kenyataan, merujuk kepada dunia fiksyen di mana kisah itu bermula.

Martin menyatakan bahawa kerja-kerja bagi projek itu bermula sebelum pandemik.

Detik penting bagi saga tersebut yang akan menonjolka­n persembaha­n adalah pertanding­an Harrenhal, yang berlaku kira-kira 17 tahun sebelum musim pertama bagi siri HBO tersebut.

Produksi akan menampilka­n “banyak watak paling ikonik dan terkenal” dari buku-buku dan siri, yang muncul sepanjang lapan musim siri dari tahun 2011 hingg 2019.

Beberapa projek berkaitan dengan Game of Thrones telah dijalankan sejak itu, termasuk ‘House of the Dragon’, satu siri prekuel yang dijangka akan muncul di HBO pada 2022.

Martin turut bekerjasam­a dalam beberapa projek berkaitan dengan bukubukuny­a yang lain, termasuk ‘Sandkings’ untuk Netflix.

Para peminat bimbang perhatian penulis berusia 72 tahun itu akan terlalu terbahagi untuk menamatkan siri novel ‘Game of Thrones’, yang telah pun diambil alih oleh rancangan televisyen­nya.

Sudah hampir 10 tahun sejak volum terkini bagi saga tersebut, ‘A Dance with Dragons’, telah diterbitka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia