Utusan Borneo (Sarawak)

Sidang Kemuncak Belia 2021 bincang hal-hal berkaitan belia di Sarawak

-

KUCHING: Sidang Kemuncak Belia 2021 berlangsun­g di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak di sini semalam bagi membincang­kan hal-hal berkaitan belia di negeri ini.

Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), sidang kemuncak itu turut menampilka­n beberapa tokoh belia yang berkongsi pendapat mereka.

Antaranya penerima Anugerah Belia Sarawak 2020 Khalid Husseine Tuah, penerima Anugerah Perdana Belia Negara 2019 Ahmad Qadri Basri dan penggiat sastera dan penulis muda Nur Azshielda Sahran.

Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan dalam ucapan perasmiann­ya berkata penganjura­n Sidang Kemuncak Belia tahun ini memberikan penekanan dalam memperkasa­kan generasi atau belia di Sarawak ke arah negeri maju 2030.

Dengan penganjura­n program seperti ini katanya, beliau yakin wawasan atau cita-cita Ketua Menteri untuk melihat negeri Sarawak maju pada tahun 2030 akan tercapai.

“Program ini mempertemu­kan belia bersama tokoh atau ikon negeri yang telah berjaya mengukir nama di persada negara.

“Melalui kejayaan dan sudut pandangan mereka, kita dapat melihat dan berkongsi sedikit sebanyak tentang pendapat dan pandangan mereka dalam mengecapi kejayaan pada usia muda,” katanya.

Sementara itu Pengarah DBP Cawangan Sarawak Abang Haliman Abang Julai berkata, program itu merupakan lanjutan daripada sambutan yang amat baik dalam kalangan belia pada program yang sama pada 2019.

Sidang Kemuncak Belia 2019 katanya, merupakan program rintis untuk mempertemu­kan para belia dengan beberapa tokoh belia sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan yang telah berjaya mengukir nama dalam pelbagai aspek dan bidang.

Manakala pertemuan kedua ini dilihat sebagai daya pencetus kepada idea dan pendapat dalam kalangan belia untuk meneroka ruang dan peluang yang harus dimanfaatk­an di samping untuk mereka bersama-sama dalam pembinaan pemikiran, kerjaya dan agenda pembanguna­n Sarawak khususnya ke arah negeri maju menjelang 2030.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi TEGAS Awangku Merali Pengiran Mohamed serta para peserta yang terdiri daripada belia daripada pelbagai bidang dan latar belakang.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? BUAH TANGAN: Snowdan menerima kamus DBP daripada Abang Haliman (dua kiri) sebagai tanda kenangan. Turut kelihatan Awangku Merali (kanan).
— Gambar Chimon Upon BUAH TANGAN: Snowdan menerima kamus DBP daripada Abang Haliman (dua kiri) sebagai tanda kenangan. Turut kelihatan Awangku Merali (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia