Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan konkrit di Kampung Rampangi Skim siap sepenuhnya

-

KUCHING: Jambatan konkrit di Kampung Rampangi Skim dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai yang menelan kos sebanyak RM505,000 kini siap sepenuhnya dan selamat untuk kegunaan masyarakat.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia merupakan sebuah lagi Projek Rakyat selain pembinaan titian konkrit Lorong Haji Suhaili dan jambatan konkrit Jalan Pulau Keladi di Kampung Buntal.

“Projek ini melibatkan penggantia­n daripada struktur kayu kepada konkrit sepanjang 18 meter,” katanya selepas penyerahan Projek Rakyat di Kampung Rampangi Skim di sini, semalam.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, jambatan kayu itu sebelum ini telah wujud sejak 20 tahun lepas.

Menurut beliau, keadaan jambatan kayu itu agak uzur dan membahayak­an masyarakat yang melaluinya.

“Oleh itu, adalah menjadi tanggungja­wab kita menggantik­an jambatan kayu ini dengan yang lebih bagus (jambatan konkrit) apatah lagi ia merupakan kemudahan penting untuk masyarakat sekitar.

“Maka itu, penduduk amat gembira dengan siapnya projek yang memudahkan mereka berulang-alik,” ujarnya.

Beliau berkata, pembinaan jambatan itu merupakan salah satu daripada tiga Projek Rakyat di kawasan Dewan

Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai.

Dua lagi projek melibatkan titian kayu di Lorong Haji Suhaili dan jambatan konkrit di Jalan Pulau Keladi Kampung Buntal.

Dr Abdul Rahman turut berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang meluluskan Projek Rakyat dalam kawasan DUN Pantai Damai.

Turut hadir Penghulu Santubong Suhaili Kipli dan Ketua Kampung Rampangi Skim Rashidin Panji.

 ??  ?? SIAP: Dr Abdul Rahman semasa penyerahan Projek Rakyat di Kampung Rampangi Skim semalam.
SIAP: Dr Abdul Rahman semasa penyerahan Projek Rakyat di Kampung Rampangi Skim semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia