Utusan Borneo (Sarawak)

Sidang kemuncak perubahan iklim AS sasar pengeluar besar GHG: Tuan Ibrahim

-

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak diundang ke Sidang Kemuncak Pemimpin Berkenaan Iklim di Amerika Syarikat (AS) pada 22 dan 23 April ini kerana objektf utama persidanga­n ialah untuk menggalakk­an ekonomi besar yang secara kolektif menyumbang 80 peratus gas rumah hijau (GHG) meningkatk­an komitmen ke arah mengekalka­n pemanasan global pada tahap kenaikan suhu maksimum 1.5 darjah Celcius.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man juga berkata, terdapat banyak negara yang menyerlah dalam agenda perubahan iklim seperti Sweden, Switzerlan­d dan Thailand tidak dijemput menghadiri persidanga­n tersebut.

Sidang kemuncak itu juga berkaitan negara yang terdedah kepada perubahan iklim yang ketara seperti Vietnam serta Indonesia, dan Malaysia tidak tergolong dalam kedua-dua kategori (pengeluar GHG, negara terdedah), katanya.

“Persidanga­n itu bersifat ‘one-off’ dan tidak menjejaska­n rundingan serta ketetapan di bawah Kerangka Kerja Konvensyen Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC).

“Hal ini perlu dilihat secara berasingan dengan isu pengimport­an sisa plastik ke Malaysia baru-baru ini dari AS,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, media melaporkan Malaysia tidak tersenarai sebagai antara 40 negara yang dijemput ke persidanga­n tersebut dan susulan itu timbul dakwaan kononnya Malaysia tidak dijemput kerana negara kini kerap dilihat sebagai tempat pembuangan sisa plastik.

Sementara itu, Tuan Ibrahim menjelaska­n pada masa ini industri plastik kitar semula dibenarkan berdasarka­n ketetapan kerajaan persekutua­n menerusi Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) yang bertanggun­gjawab terhadap hala tuju dan dasar industri tersebut.

Katanya, Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengawal selia pengeluara­n permit import (AP) hanya untuk plastik bersih dan seragam, manakala Jabatan Alam Sekitar (JAS) berperanan sebagai penguat kuasa memastikan pematuhan kepada Konvensyen Basel.

“Pada 2019, sebanyak 124 kontena telah dihantar balik ke negara pengekspor­t manakala bagi tempoh 2020 hingga Mac 2021 sebanyak 143 kontena,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENCEMAR DULI: Sultan Mizan (dua kiri) berkenan melawat ruang pameran ketika berangkat pada Majlis Syarahan Diraja sempena 40 tahun Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di UniSZA, Kuala Terengganu semalam. Turut berangkat Sultanah Nur Zahirah (tiga kiri).
— Gambar Bernama MENCEMAR DULI: Sultan Mizan (dua kiri) berkenan melawat ruang pameran ketika berangkat pada Majlis Syarahan Diraja sempena 40 tahun Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di UniSZA, Kuala Terengganu semalam. Turut berangkat Sultanah Nur Zahirah (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia