Utusan Borneo (Sarawak)

MySejahter­a boleh diperluas sebagai pusat sehenti: Saifuddin

Jika penggunaan­nya diperluas, ia dapat sediakan pelbagai perkhidmat­an

-

“Penularan wabak COVID19 mendorong keperluan untuk mengadapta­si kaedah digital dalam perkhidmat­an kesihatan, yang mana antara inisiatif penting dan berkesan ialah dengan mewujudkan aplikasi MySejahter­a.

KUALA LUMPUR: Aplikasi MySejahter­a mampu diperluask­an penggunaan­nya kepada sektor e-dagang, pendidikan, perkhidmat­an penghantar­an, selain berfungsi sebagai pusat sehenti atau ‘Super App’, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, jika penggunaan­nya diperluask­an, aplikasi yang kini digunakan oleh hampir 25 juta rakyat Malaysia itu akan dapat menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an di bawah satu platform.

“Dengan ini, kami di Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan meneruskan usaha membangunk­an bukan sahaja infrastruk­tur telekomuni­kasi tetapi juga melipatgan­dakan penggu

Datuk Saifuddin Abdullah

Menteri Komunikasi dan Multimedia

naan teknologi digital bagi merealisas­ikan aspirasi MyDigital untuk manfaat semua lapisan masyarakat ke arah Revolusi Industri 4.0 dan kemakmuran bersama,” katanya dalam kenyataan bersempena Hari Kesihatan Sedunia semalam.

Beliau berkata, MySejahter­a telah membantu kerajaan khususnya Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) serta Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam menguruska­n maklumat jangkitan, pengawasan penularan wabak serta pendaftara­n suntikan vaksin secara waktu sebenar dan terkini.

“Penularan wabak COVID-19 mendorong keperluan untuk mengadapta­si kaedah digital dalam perkhidmat­an kesihatan, yang mana antara inisiatif penting dan berkesan ialah dengan mewujudkan aplikasi MySejahter­a,” katanya.

Mengenai Hari Kesihatan Sedunia, Saifuddin berkata hari tersebut yang disambut pada 7 April setiap tahun sejak 1948 bertujuan meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kesihatan sejagat.

Beliau berkata tema sambutan tahun ini iaitu ‘Membina Dunia yang Lebih Adil dan Sihat’ bertujuan untuk menyeru supaya perkhidmat­an kesihatan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, kelas ekonomi, lokasi dan sebagainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia