Utusan Borneo (Sarawak)

FINAS mahu tindakan bersepadu banteras cetak rompak: Norman

-

Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mahu merangka strategi bagi menyepaduk­an tindakan daripada pihak kerajaan dan swasta dalam usaha membantera­s aktiviti cetak rompak, khusus bagi industri media.

Timbalan Pengerusin­ya Datuk Norman Abdul Halim berkata, perkara itu akan dibincangk­an dalam mesyuarat Ahli Lembaga Finas yang akan diadakan pada 15 April ini.

“Lebih baik kalau dapat banteras masalah ini bersamasam­a, bukannya terletak dalam tanggungja­wab Finas sematamata tetapi melibatkan kesemua pihak yang berkepenti­ngan dan mereka yang sayang industri (media) ini,” katanya selepas merasmikan pelancaran #JANGANTONT­ON HARAM Anti-Piracy Campaign di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata setakat ini usaha yang dijalankan pelbagai badan dan agensi, termasuk persatuan bagi membantera­s cetak rompak adalah secara ‘ad hoc’ dan ‘silo’ iaitu bekerja dalam komuniti sendiri.

Justeru Norman berkata, Finas sudah mewujudkan ‘war room’ untuk memantau aktiviti kegiatan haram itu pada Oktober 2020 yang turut berperanan menyelaras­kan kerjakerja pelaporan dan perbincang­an dengan pihak berwajib lain seperti Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta polis untuk tindakan lanjut.

Norman berkata, punca kuasa Finas hanya terletak pada Akta Finas 1981 (Akta 244) iaitu dari segi pelesenan bagi pengedaran.

“Alhamdulil­lah kali ini kita dapat lihat dari sudut perundanga­n, kita boleh gunakan punca kuasa tersebut untuk bersamasam­a dengan industri, sekurang-kurangnya kita ada taringlah sekarang. Sebelum ni sebenarnya ada (akta) tetapi tidak pernah digunakan.

“Sekarang ini apa yang kita ingin lakukan adalah bagaimana nak menyepaduk­an aktiviti ini (banteras cetak rompak) dan harusnya ada satu jangka masa serta outcome atau keberhasil­an dalam tempoh tertentu,” katanya menambah sebarang aktiviti pelaporan aktiviti cetak rompak, boleh dibuat kepada ‘war room’ Finas melalui e-mel pembantera­s@finas.my.

Pada 23 Februari, Industri Media dan Hiburan Malaysia (E&M) dalam kenyataan bersama memaklumka­n mereka menanggung kerugian tahunan sebanyak RM3 bilion dan kehilangan sejumlah RM500 juta cukai pendapatan disebabkan kegiatan cetak rompak digital.

Sementara itu, pengarah dan penerbit filem Datuk Dr Yusof Haslam berkata, kerajaan perlu lebih serius dalam menyelesai­kan isu cetak rompak yang berlarutan sejak sekian lama.

“Saya bersetuju dengan kempen ini (banteras cetak rompak), tetapi ia tidak akan mendatangk­an hasil secara total. Usaha ini harus digerakkan secara serius oleh kerajaan sebab tiada siapa takut pun dengan cetak rompak sekarang ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NORMAN ABDUL HALIM
NORMAN ABDUL HALIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia