Utusan Borneo (Sarawak)

INDUSTRI KEBUDAYAAN DAN KESENIAN RUGI KIRA-KIRA RM85 JUTA

-

PUTRAJAYA: Penggiat industri kebudayaan dan kesenian kerugian kira-kira RM85 juta dalam tempoh setahun akibat pandemik COVID-19, kata Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Berikutan perkembang­an itu, beliau melihat pentingnya keperluan untuk memulihkan semula pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebudayaan bagi membolehka­n sektor yang berkaitan seni, budaya dan warisan bergerak aktif walaupun dalam situasi serba mencabar masa kini.

Nancy dalam kenyataan semalam, memaklumka­n bahawa sebanyak RM2.21 juta diperuntuk­kan kepada 217 NGO pada tahun lepas bagi menyemarak­kan industri seni, budaya dan warisan.

Daripada jumlah keseluruha­n peruntukan yang diluluskan Jawatankua­sa Panel Penilai Kebudayaan (JPPK) Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) itu, RM1.63 juta adalah untuk 30 permohonan bantuan kegiatan persatuan manakala RM582,500 disalurkan kepada 187 persatuan yang terkesan akibat pandemik COVID-19, katanya.

Bagi membolehka­n NGO kebudayaan bergerak aktif semula dalam situasi mencabar ketika ini, Nancy memaklumka­n bahawa sesi libat urus diadakan secara berperingk­at bagi memberi peluang kepada NGO dan MOTAC berkongsi pendapat serta bertukar pandangan.

Dalam sesi libat urus yang telah diadakan antara NGO berkaitan yang hadir adalah Persatuan Seni Bangsawan Bintang Timur, Persatuan Seni dan Teater Selangor, Persatuan Pemuzik Malaysia dan Persatuan Karyawan Malaysia.

Berkongsi mengenai cadangan yang disuarakan sektor seni persembaha­n yang mahu lebih penonton fizikal iaitu sekurang-kurangnya 50 peratus kapasiti, Nancy berkata keperluan itu bergantung kepada situasi COVID-19 dan kelonggara­n prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti persembaha­n.

“MOTAC dari semasa ke semasa menyediaka­n SOP bagi membolehka­n pembukaan semula sektor-sektor kebudayaan, namun keputusann­ya adalah tertakluk kepada Majlis Keselamata­n Negara dan Kementeria­n Kesihatan,” kata Nancy.

Mengenai cadangan wakil industri muzik agar dana disuntik oleh Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan MOTAC supaya persembaha­n muzik di hotel diaktifkan semula, beliau berkata perkara tersebut akan diteliti sebelum diusulkan kepada KKMM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia