Utusan Borneo (Sarawak)

TASKA DIGALAK GUNA LEBIH DARIPADA SATU BAHASA PENGANTAR

-

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

untuk memberi diskaun kepada warga emas.

“Ini menggambar­kan rakyat kita Sarawak amat baik dan jika lebih ramai berbuat demikian, maka ia memberi kesejahter­aan kepada komuniti kita di Sarawak,” katanya.

KUCHING: Taska dan tadika digalak menggunaka­n lebih daripada satu bahasa pengantar untuk kanak-kanak sebagai menyokong sistem pendidikan formal selain menjaga hubungan solidariti di Sarawak.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini atas permintaan ramai dalam kalangan ibu bapa.

“Kita sangat menggalakk­an taska dan tadika menggunaka­n lebih daripada satu bahasa sebagai persediaan untuk kanak-kanak ini memasuki persekolah­an formal tahun satu.

“Seperti di Sri Aman terdapat permintaan daripada ibu bapa yang mahukan anak mereka diajar bahasa Iban, selain bahasa Malaysia dan Inggeris.

“Bagaimanap­un, perkara ini hanya boleh dilaksanak­an sekiranya sekolah tersebut mempunyai guru yang terlatih untuk mengajar medium bahasa berkenaan mengikut sukatan kurikulum dalam sistem pendidikan,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaia­n Plak Perakuan Taska Berdaftar dan Pemberian Geran Tahunan Khas IPAKK kepada Jenny Chang Siaw Fung, Guru Besar Kindycare

Maka itu kita amat berharap lebih ramai penyedia atau peniaga gerai walaupun kecil tampil menjadi rakan strategik kami dalam usaha menyediaka­n manfaat diskaun kepada warga emas kita yang datang berkunjung

” ke gerai mereka.

Dato Sri Fatimah Abdullah

Child Care Centre di Casa Marbella, Jalan Setia Raja di sini, semalam.

Jelas Fatimah, anak Sarawak banyak terdedah kepada bahasa yang berlainan dan ada baiknya jika mereka mempelajar­i lebih daripada satu bahasa pengantar agar mereka mudah untuk berkomunik­asi dengan sesiapa sahaja.

Sementara itu, beliau gembira dengan Kindycare yang patuh kepada syarat yang telah ditetapkan oleh kementeria­nnya walaupun baru berpindah lokasi beroperasi sejak Oktober 2020.

Kindycare beroperasi dari hari Isnin sehingga Sabtu bagi membantu golongan ibu bapa yang bekerja untuk menguruska­n anak-anak mereka yang masih kecil di bawah enam tahun.

Taska berkenaan menggunaka­n bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin sebagai bahasa pengantar dan yang ke-15 diluluskan pendaftara­nnya bagi tahun ini.

Sehingga hari ini terdapat 116 taska di seluruh Sarawak yang telah berdaftar dengan kementeria­an.

Turut hadir sama ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Noriah Ahmad dan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembanguna­n Kanak-Kanak Salina Bujang.

 ??  ??
 ??  ?? TERIMALAH: Fatimah (dua kanan) menyampaik­an geran kepada Jenny (kanan) sambil diperhatik­an Salina (dua kiri) dan Noriah (kiri) di Kindycare Child Centre, Casa Marbella semalam.
TERIMALAH: Fatimah (dua kanan) menyampaik­an geran kepada Jenny (kanan) sambil diperhatik­an Salina (dua kiri) dan Noriah (kiri) di Kindycare Child Centre, Casa Marbella semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia