Utusan Borneo (Sarawak)

ARSENAL DIRUNDUNG DUKA

-

LONDON: Slavia Prague mendahului dalam suku akhir pertama Liga Europa menentang Arsenal yang kecewa pada Khamis, meraih gol penyamaan di tempat lawan lewat masa tambahan untuk seri 1-1 di Emirates.

Nikolas Pepe memecah kebuntuan buat Arsenal pada minit ke-86 selepas malam yang menyaksika­n banyak peluang terlepas dalam perlawanan pertama pasukan lapan terakhir itu.

Namun Tomas Holes berjaya menanduk masuk gol penyamaan lewat dan meninggalk­an perlawanan itu dengan tenang.

Pasukan Mikel Arteta secara realistikn­ya kini tersingkir daripada empat teratas Liga Perdana, dan mereka harus memenangi kelas kedua kejohanan elit Eropah untuk mara ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Arsenal mara dalam perlawanan itu selepas kekalahan perit 0-3 kepada Liverpool minggu lalu.

Bukayo Saka dan Emile Smith Rowe bermain dalam kesebelasa­n utama namun kapten pasukan Pierre-Emerick Aubameyang diletakkan di bangku simpanan.

Saka, tidak menghadiri perlawanan Liverpool, merupakan ancaman dalam kumpulan Arsenal namun hantaranny­a lemah.

Satu-satunya peluang pasukan pelawat itu semasa awal permainan datang apabila Lukas Provod membuat serangan buat Slavia di sudut kanan.

Arsenal hanya berjaya hampir mendahului awal separuh masa kedua apabila William yang masih mencari gol pertamanya untuk kelab itu, merembat keluar pintu gol daripada sepakan percuma.

Pasukan tuan rumah mengancam namun Jan Boril menyaksika­n bola itu diselamatk­an penjaga gol Bernd Leno.

Sejam selepas perlawanan Arsenal sepatutnya telah mendahului apabila Alexandre Lacazette mengelecek bola dari tengah padang namun rembatanny­a terkena palang.

Thomas Partey seterusnya menghantar jauh bola untuk

Arsenal beberapa detik sebelum pemain ganti Petr Sevcik terlepas peluang keemasan untuk mencatat gol di tempat lawan.

Arteta melepasi Aubameyang, Pepe and Mohamed Elneny pada minit ke-78 dan hampir membuahkan hasil.

Arsenal merancakka­n permainan dengan menyaksika­n pemain ganti Gabriel Martinelli memberi cubaan yang diselamatk­an Kolar.

Mereka akhirnya berjaya mendapat hasil dengan Aubameyang melorong bola kepada Pepe, yang meluru ke kotak dan menghantar bola melepasi penjaga gol.

Arsenal bercadang untuk mara ke tempat lawan dengan berkelebih­an gol namun pasukan Chech itu telah menafikan harapan mereka. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? GEGAR GAWANG: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan suku akhir pertama Liga Europa di antara Arsenal dan Slavia Prague di Stadium Emirates di London.
— Gambar AFP GEGAR GAWANG: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan suku akhir pertama Liga Europa di antara Arsenal dan Slavia Prague di Stadium Emirates di London.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia