Utusan Borneo (Sarawak)

ASPIRASI PERINGKAT DUNIA

Sarawak Delta Geopark berpotensi diiktiraf sebagai geopark kebangsaan dan UNESCO Global Geopark: KM

- Oleh Agnes Tugong

Sarawak Delta Geopark (SDGp) yang dilancarka­n semalam berpotensi diiktiraf sebagai geopark kebangsaan dan UNESCO Global Geopark sekali gus menjadi satu lagi tarikan pelanconga­n utama di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Abang Johari Tun Openg berkata, pelancaran SDGp sangat bersejarah buat Sarawak dalam usaha mendapatka­n pengiktira­fan tersebut.

“Di Malaysia hanya ada satu UNESCO Geopark Global iaitu Langkawi UNESCO Global Geopark dan tiga geopark kebangsaan iaitu Jerai Geopark di Kedah, Lembah Kinta Geopark di Perak dan Kinabalu Geopark di Sabah.

“Tetapi Sarawak Delta Geopark kita mempunyai ciri-ciri yang mungkin tidak ada di tempat lain di mana saya difahamkan oleh saintis bahawa bawah tanah Sundaland adalah antara sendimen terawal dalam evolusi geologikal rantau Asia dan berumur 355 juta tahun.

“Sebab itu, kita Sarawak telah mengemukak­an kawasan ini sebagai Geopark Kebangsaan dan kita punya hala tuju untuk diangkat sebagai UNESCO Global Geopark,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Sarawak Delta Geopark (SDGp) di Dewan Lagenda Kampung Budaya Sarawak, Santubong dekat sini semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Abang Johari berkata inisiatif tersebut telah wujud sejak 2004 dan ia meliputi kawasan seluas 311,246 hektar dari Bako hingga ke Padawan dan mungkin geopark terbesar di Malaysia.

Geopark katanya, adalah kawasan mempunyai tapak warisan geologi yang boleh digunakan oleh semua pihak bagi tujuan pemelihara­an, pendidikan dan pembanguna­n secara mampan.

Sesebuah geopark juga katanya, mempunyai unsurunsur ekologi, arkeologi, sejarah dan budaya dengan wawasan geopark adalah pembanguna­n mampan berasaskan pemulihara­an dan utilisasi warisan alam, khususnya warisan geologi dan landskap.

“Pemilihan Sarawak Delta tepat kerana mempunyai banyak ciri geologi dan gemorfolog­i yang luar biasa dengan nilai budaya geo yang tinggi.

“Dengan adanya ciri-ciri dalam Sarawak Delta Geopark yang mempunyai kepentinga­n antarabang­sa, kita berharap aspirasi kita untuk mendapat pengiktira­fan Sarawak Delta Geopark sebagai Geopark Kebangsaan dan seterusnya UNESCO Global Geopark dapat direalisas­ikan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Abang Johari berkata kerajaan negeri akan membangunk­an tempattemp­at pelanconga­n sedia ada di sekitar Santubong di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Antaranya, naik taraf jalan empat lorong dua hala dari Kuching terus ke Damai dan naik taraf kemudahan pelanconga­n termasuk hotel.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Muda Pembanguna­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh serta yang lain.

 ?? — Gambar Penerangan ?? TERTARIK: Abang Johari (kiri) melawat sudut pameran Jabatan Hutan Sarawak sempena pelancaran Sarawak Delta Geopark di Kampung Budaya Sarawak, Santubong semalam.
— Gambar Penerangan TERTARIK: Abang Johari (kiri) melawat sudut pameran Jabatan Hutan Sarawak sempena pelancaran Sarawak Delta Geopark di Kampung Budaya Sarawak, Santubong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia