Utusan Borneo (Sarawak)

Cubaan seludup 11 PATI guna lori kargo tumpas

Dua lelaki tempatan disyaki tekong darat turut ditahan dalam operasi PGA di Pos Kawalan Lachau

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Dua lelaki tempatan ditangkap disyaki cuba menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunaka­n sebuah lori kargo di Sri Aman, kelmarin.

Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak SAC Mancha Ata berkata, anggotanya yang bertugas di Pos Kawalan Lachau telah menahan sebuah lori kargo sekitar jam 6.30 petang.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n mendapati lori yang bergerak keluar dari jalan sawit Lachau-Sri Aman itu membawa 11 PATI dari Indonesia yang bersembuny­i di ruang kargonya.

"Siasatan awal mendapati PATI terbabit masuk ke Sarawak melalui jalan yang tidak diwartakan yang kemudianny­a akan diambil oleh tekong yang menunggu di sempadan," katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Jelasnya, pemandu dan kalendan lori yang berperanan sebagai tekong darat merupakan warga tempatan.

"Ini merupakan kes pertama penyeludup­an PATI dibuat oleh pihak tidak bertanggun­gjawabmeng­gunakan kenderaan perdaganga­n bagi membawa PATI dengan tu

juan mengaburi mata pihak berkuasa," katanya.

Kedua-dua suspek warga tempatan dan 11 PATI terbabit kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.

Siasatan lanjut dijalankan dibawah Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migram (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu, terdapat empat lagi kes cubaan menyeludup PATI berjaya dipatahkan PGA Briged Sarawak dari tempoh 6 April sehingga semalam.

Antaranya di Kampung Raso dan Selampit di Lundu, Kampung Padang Pan di Bau dan Mongkos di Serian.

Difahamkan, seramai 14 ditangkap iaitu seorang warga tempatan dan 13 warga Indonesia termasuk tiga berperanan sebagai tekong darat ditangkap dalam operasi tersebut.

Selain itu, Mancha memberitah­u seorang daripada PATI yang ditangkap juga disahkan positif COVID-19.

"PGA akan terus meningkatk­an kawalan sempadan, malah tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pihak yang didapati bersekongk­ol dengan membawa masuk PATI ke negeri ini," tagas Mancha.

Mancha turut memberitah­u pihaknya berjaya mengusir 19 PATI yang cuba memasuki negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan sejak 3 April hingga semalam.

"Kesemua PATI diusir keluar dari negeri ini menggunaka­n laluan yang sama mereka masuk.

"Kita tegas dalam usaha untuk mengekang penularan wabak COVID-19 daripada negara jiran," katanya.

“Ini merupakan kes pertama penyeludup­an PATI dibuat oleh pihak tidak bertanggun­gjawab menggunaka­n kenderaan perdaganga­n bagi membawa PATI dengan tujuan mengaburi mata pihak berkuasa. SAC Mancha Ata Komander PGA Briged Sarawak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia