Utusan Borneo (Sarawak)

Uggah: Pengimarah­an Ramadan di masjid, surau dibenarkan ikut SOP

-

KUCHING: Majlis pengimarah­an masjid dan surau sempena Ramadan ini dibenarkan namun mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Islam Sarawak (MIS).

Perkara itu dijelaskan Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang berkata, jawatankua­sa itu telah meneliti SOP pengimarah­an Ramadan di masjid dan surau daripada MIS.

"JPBNS telah meneliti dan menimbang SOP daripada MIS dan bersetuju untuk membenarka­n program pengimarah­n Ramadan di masjid dan surau tertakluk kepada SOP yang dikeluarka­n pada 1 April 2021," katanya pada sidang media harian COVID-19 di DUN lama di sini semalam.

Sehubungan itu Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri mengingatk­an orang ramai terus mematuhi SOP yang ditetapkan bagi bersama-sama menangani penularan wabak COVID-19 di Sarawak.

"Saya ingin menyeru kepada orang ramai supaya terus kekal mematuhi SOP yang telah dikeluarka­n, jangan leka untuk memakai pelitup muka dan pastikan penjarakan fizikal diamalkan," tegasnya.

Mengenai SOP yang dilaksanak­an di Bintulu, Uggah berkata, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu sedang menyelaras SOP untuk bahagian itu.

Jelasnya, ini termasuk hasil keputusan ujian calitan COVID-19 bagi pemandupem­andu lori yang transit di Bintulu sebelum ke kawasan lain hanya sah selama 14 hari.

"Isu ini dibangkitk­an orang awam, mereka (Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu) melakukan yang terbaik untuk melindungi penduduk di kawasan itu," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitah­u seramai 1,845 guru di Sarawak telah menerima suntikan dos pertama COVID-19 setakat ini yang mana kesemua mereka mempunyai komorbid.

Sementara itu, MIS pada 1 April lalu mengeluark­an SOP pengimarah­an Ramadan di masjid dan surau semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak.

Jelas MIS, antara aktiviti dibenarkan solat sunat terawih dan witir dengan tidak melebihi jam 10 malam, tadarus dibenarkan satu jam sebelum solat fardu Zohor dan Asar dan selepas solat terawih dan witir sehingga jam 10 malam.

Selain itu, qiamullail dibenarkan bermula jam 4 pagi, iktikaf dibenarkan serentak dengan tempoh waktu aktiviti pengimarah­an yang dibenarkan.

Manakala majlis khatam al-Quran dibenarkan satu jam sebelum solat fardu Zohor dan Asar dan selepas solat Isyak tetapi tidak melebihi jam 10.30 malam dan tanpa jamuan (makanan berbungkus sahaja).

Sambutan Nuzul Al-Quran dibenarkan dibenarkan mulai 30 minit selepas selesai solat Maghrib, tidak melebihi jam 10.30 malam termasuk solat Isyak, ceramah, tazkirah khas, solat sunat terawih dan witir tanpa jamuan (makanan berbungkus sahaja).

Bagi kutipan zakat fitrah pula dibenarkan serentak dengan tempoh waktu aktiviti pengimarah­an yang dibenarkan.

Selain itu, aktiviti gotongroyo­ng kebersihan dibenarkan mengikut SOP COVID19 tetapi tidak melebihi 50 orang.

Aktiviti ziarah kubur turut dibenarkan mengikut SOP ditetapkan MIS dan JPBNS bahagian dan majlis agihan bantuan atau sumbangan juga dibenarkan mengikut SOP tetapi tidak melebihi 200 orang dalam satu-satu masa, gotong-royong bubur lambuk dan persiapan pengagihan juga dibenarkan mengikut SOP tetapi tidak melebihi 15 petugas.

Bagi tazkirah Ramadan pula dibenarkan hanya selepas solat Maghrib sehingga azan Isyak (masuk waktu Isyak) dan kuliah Subuh dibenarkan selepas solat Subuh sehingga jam 7.30 pagi.

 ??  ?? TIBA: Uggah ditemani Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian tiba di DUN lama untuk sidang media harian COVID-19, semalam.
TIBA: Uggah ditemani Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian tiba di DUN lama untuk sidang media harian COVID-19, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia