Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki disyaki edar dadah diberkas

-

KUCHING: Seorang lelaki ditangkap kerana disyaki terlibat kegiatan pengedaran dadah kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superinten­den Merbin Lisa berkata, suspek berusia 30 tahun itu ditangkap susulan penemuan 34 peket plastik lutsinar dan 50 keratan straw berisi dadah jenis syabu bernilai RM5,923.

Menurutnya, kejayaan tersebut adalah hasil operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Kuching yang melakukan serbuan di Kampung Bako Hilir, Petra Jaya sekitar jam 3.58 petang.

"Hasil pemeriksaa­n ke atas rumah suspek, pasukan serbuan berjaya menemui 34 peket plastik lutsinar berisi 33.76 gram dadah jenis Methamphet­amine dan 50 keratan tiub straw juga disyaki mengandung­i 25.47 gram Methamphet­amine.

"Siasatan awal mendapati dadah tersebut diperolehi secara ‘bank in’ dan akan dibuang di satu tempat yang akan dimaklumka­n pembekal setelah urusan pembelian dilakukan," katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Tambahnya suspek dan dadah tersebut dirampas untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Suspek kini ditahan reman selama lapan hari sehingga 16 April dan hasil saringan awal air kencing juga mendapati dia negatif dadah serta tiada rekod jenayah lampau," katanya.

Merbin selain itu memohon kerjasama orang ramai untuk terus menyalurka­n maklumat sekiranya ada kegiatan jenayah dadah di kawasan masing-masing.

"Kerjasama antara polis dan masyarakat tidak dapat dipisahkan dalam membasmi gejala penyalahgu­naan dadah secara total.

"Sehubungan itu, masyarakat diseru agar menyalurka­n maklumat jika terdapat kegiatan pengedaran dan penyalahgu­naan dadah di kawasan masing-masing bagi membolehka­n pihak Polis mengambil tindakan segera," ujarnya.

 ??  ?? BARANG KES: Dadah yang dirampas daripada suspek.
BARANG KES: Dadah yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia