Utusan Borneo (Sarawak)

SDGp geopark pertama dicadang di Sarawak, kata Len

Ia juga merupakan geopark pertama yang meliputi kawasan delta berkeluasa­n 311,246 hektar daratan dan air

- Oleh Agnes Tugong

“SDGp yang berkeluasa­n 311,246 hektar ini meliputi kawasan daratan dan air mewakili warisan geologi, biologi dan budaya istimewa yang terdapat di Daerah Kuching, Bau, Daerah Kecil Padawan, Daerah Samarahan dan juga Daerah Kecil Siburan.” Datu Len Talif Salleh Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar

KUCHING: Sarawak Delta Geopark (SDGp) yang dilancarka­n semalam merupakan geopark pertama yang dicadangka­n di Sarawak.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, ia juga merupakan geopark pertama yang meliputi kawasan delta.

“SDGp yang berkeluasa­n 311,246 hektar ini meliputi kawasan daratan dan air mewakili warisan geologi, biologi dan budaya istimewa yang terdapat di Daerah Kuching, Bau, Daerah Kecil Padawan, Daerah Samarahan dan juga Daerah Kecil Siburan.

“Cadanganny­a telah diluluskan pada 2019 oleh kerajaan negeri dan hari ini (semalam) selepas lebih 10 tahun berbincang, menilai serta memperhalu­si impaknya kepada dasar guna tanah dan perancanga­n negeri sedia ada, akhirnya kita bakal merasmikan Sarawak Delta untuk diangkat sebagai geopark kebangsaan dan seterusnya sebagai UNESCO Geopark Global pada tahun 2023,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sarawak Delta Geopark (SDGp) di Dewan Lagenda Kampung Budaya Sarawak, Santubong dekat sini semalam oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Len yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pemandu Sarawak Delta Geopark menambah, sebelum mendapat status geopark kebangsaan, SDGp perlu melalui penilaian oleh Jawatankua­sa Pelaksana Geopark di peringkat kebangsaan. Oleh itu katanya, dokumen yang mengandung­i maklumat kawasan seperti guna tanah, ciri-ciri geologi, kebudayaan, warisan, konservasi serta justifikas­i kenapa kawasan ini dipilih perlu disediakan. “Untuk makluman, draf dokumen yang dikenali sebagai dossier telah pun disediakan dan dalam peringkat penelitian.

“Semua aktiviti termasuk promosi serta pelancaran SDGp akan turut dimuatkan dalam dossier bagi menunjukka­n kesungguha­n kita dalam menjadikan SDGp sebagai geopark kebangsaan.

“Kita jangkakan dossier ini dapat dimuktamad­kan pada penghujung bulan April nanti dan seterusnya akan dikemukaka­n kepada Jawatankua­sa Geopark Kebangsaan pada Mei 2021,” katanya.

Sebagai persediaan untuk mendapatka­n pengiktira­fan sebagai geopark kebangsaan, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 2.045 juta bagi menjalanka­n aktiviti, program serta pengurusan kawasan SDGp.

Justeru Len berharap kerajaan persekutua­n turut akan memberi peruntukan yang mencukupi kepada Sarawak dalam menyokong usaha mendapatka­n pengiktira­fan Sarawak Delta sebagai geopark pertama di Sarawak dan seterusnya mendapatka­n pengiktira­fan pada peringkat global.

 ?? — Gambar Penerangan ?? PENGHARGAA­N: Abang Johari menerima cenderahat­i daripada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (dua kiri). Turut kelihatan Len (dua kanan).
— Gambar Penerangan PENGHARGAA­N: Abang Johari menerima cenderahat­i daripada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (dua kiri). Turut kelihatan Len (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia