Utusan Borneo (Sarawak)

Makmal RT-PCR Hospital Miri beroperasi seminggu lagi: Lee

-

MIRI: Makmal molekular Real-Time Reverse Transcript­ion-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) baharu di Hospital Miri dijangka beroperasi dalam masa seminggu lagi.

Menteri Bertanggun­gjawab Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri (JPBB) Datuk Lee Kim Shin berkata, makmal ini mampu menambah kapasiti harian pemprosesa­n sampel sehingga 800 sampel sehari.

“Kelebihan makmal baharu tersebut adalah semua proses PCR daripada permulaan di makmal baharu selain memberikan persekitar­an yang kondusif.

“Makmal yang menelan kos pembinaan dan peralatan kira-kira RM600,000 ini dapat meningkatk­an pengesanan jangkitan COVID-19 di sini,” katanya dalam satu kenyataan selepas lawatan bersama JPBB ke Bangunan Makmal PCR di Hospital Miri, semalam.

Beliau berkata, bangunan yang dibina secara khusus ini mempunyai ruang yang lebih luas dan selesa serta dapat memuatkan peralatan-peralatan baru dan membolehka­n lebih ramai petugas makmal bekerja secara serentak dalam satu-satu masa.

Lee merangkap Menteri Pengangkut­an Sarawak menambah, makmal baharu ini dapat mengatasi tunggakan dan kelewatan mengeluark­an keputusan ujian calitan yang dilakukan di seluruh Miri.

Katanya, peningkata­n kes yang semakin tinggi saban hari merupakan cabaran yang besar bagi Hospital Miri untuk mempercepa­t keputusan ujian calitan.

Lee telah mengemukak­an permohonan peruntukan untuk membina satu makmal PCR bagi membuat saringan RT-PCR pada Mac 2020.

Beliau turut memberikan penghargaa­n kepada pihak Samling yang menyumbang dua mesin PCR dan dua kabinet keselamata­n bio untuk Makmal Hospital Miri.

“Terima kasih atas keprihatin­an Kementeria­n Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Hospital Miri dengan adanya makmal ini,” kata Lee.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan) Dr Azlee Ayub, Pengerusi JPBB Miri merangkap Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr P Raviwharmm­an, Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong Siew Yu, Pakar Mikro Biologi Perubatan Dr Haris Syazwani Mohamad Hassan dan Pemangku Pejabat Daerah Miri Siti Rohanie Yusuf.

 ??  ?? BAGUS: Lee (tiga kanan) bersama yang lain menunjukka­n tanda bagus selepas melawat Bangunan Makmal PCR di Hospital Miri semalam.
BAGUS: Lee (tiga kanan) bersama yang lain menunjukka­n tanda bagus selepas melawat Bangunan Makmal PCR di Hospital Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia