Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga gerai juga boleh jadi rakan KGC

Ia bagi membolehka­n lebih ramai pemegang kad mendapat manfaat, kata Fatimah

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Lebih ramai penyedia atau pengusaha termasuk gerai di premis makanan dipelawa menjadi rakan strategik Kenyalang Gold Card (KGC), kata Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Menurut beliau dengan berbuat demikian, lebih ramai pemegang kad, iaitu warga emas di negeri ini mendapat manfaat diskaun harga barangan atau makanan.

“Kita ingin memaklumka­n kepada orang ramai, rakan strategik KGC tidak terhad kepada peruncitan atau perniagaan besar sahaja, tetapi gerai-gerai makanan juga boleh turut serta.

“Maka itu kita amat berharap lebih ramai penyedia atau peniaga gerai walaupun kecil tampil menjadi rakan strategik kami dalam usaha menyediaka­n manfaat diskaun kepada warga emas kita yang datang berkunjung ke gerai mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan plak dan pelekat Rakan Strategik Kenyalang Gold Card kepada dua gerai iaitu Mr Chua Laksa Stall dan Lian’s Kueh Chap Stall di Ting Cafe di sini, semalam.

Beliau berkata, kedua-dua gerai berkenaan merupakan masing-masing rakan strategik KGC ke-274 dan ke-275, di mana mereka memberikan diskaun kepada pemegang kad KGC yang berkunjung ke situ.

“Kita mengucapka­n terima kasih kepada kedua-dua pemilik gerai ini atas keikhlasan mereka dalam menawarkan diskaun kepada pemegang kad KGC yang datang.

“Maka itu hari ini (semalam) kita memberi pengiktira­fan kepada mereka sebagai rakan strategik dan menyerahka­n plak sebagai simbolik,” ujarnya.

Fatimah berkata, sehingga kini mereka menerima maklum balas yang amat baik daripada pemegang kad dan rakan strategik KGC.

“Apa yang dilakukan rakan strategik kita adalah sesuatu yang amat baik kerana ikhlas

 ??  ?? IKTIRAF: Fatimah menyerahka­n plak kepada David Chua, pemilik Mr Chua Laksa Stall sebagai simbolik pengiktira­fan Rakan Strategik KGC, semalam.
IKTIRAF: Fatimah menyerahka­n plak kepada David Chua, pemilik Mr Chua Laksa Stall sebagai simbolik pengiktira­fan Rakan Strategik KGC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia