Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan STOLport Bebuling dijangka bermula tidak lama lagi

-

SPAOH: Pembinaan projek cadangan lapangan terbang landasan pendek (STOLport) Bebuling di sini dijangka dimulakan tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas semalam berkata, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan menyerahka­n dokumen perjanjian pembinaan projek itu kepada penawar tender yang berjaya, iaitu D.A.L Keluarga Realty Cara Raya JV Sdn Bhd di sini, hari ini.

Abang Johari akan mengadakan lawatan ke Spaoh hari ini sebagai sebahagian daripada lawatan program ‘Janji Ditepati’ beliau.

Uggah berkata, pembinaan lapangan terbang yang menelan kos RM108.1 juta itu dijangka memakan masa selama 30 bulan.

“Pada majlis yang sama, beliau (Ketua Menteri) akan menyerahka­n dokumen yang sama kepada syarikat lain iaitu Bario Developmen­t Corporatio­n Sdn Bhd bagi projek pembinaan jambatan baharu Sungai Paku di Jalan Tanjung Sebekut,” katanya sambil memberitah­u ia menjadi jambatan ikonik bernilai RM26.7 juta dan juga dijadualka­n siap dalam tempoh 30 bulan.

Terdahulu dalam ucapannya sempena majlis pecah tanah Kompleks Sukan Debak, Uggah yang juga Ahli

Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban berkata, semua projek yang dilaksanak­an membuktika­n Ketua Menteri tidak hanya mengumumka­n sahaja, tetapi telah melaksanak­annya.

“Kerajaan GPS (Gabungan Parti Sarawak) beliau sejak empat tahun lalu telah memfokuska­n untuk membawa projek di kawasan luar bandar.

“Beliau mahu membantu penduduk luar bandar dapat meningkatk­an taraf hidup mereka. Tumpuan kerajaan seterusnya adalah membantu penduduk luar bandar menjana pendapatan yang baik dari tanah mereka menerusi pertanian moden,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menasihatk­an kepada penduduk luar bandar untuk memaklumka­n kepada pegawai daerah masing-masing sekiranya mereka mahu menganjurk­an perkahwina­n, pengebumia­n dan perhimpuna­n sosial lain.

Uggah juga mengingatk­an mereka yang masih belum mendaftark­an diri untuk mendapatka­n vaksin COVID-19 agar berbuat demikian.

Katanya di Bahagian Betong, kira-kira 72 peratus daripada populasiny­a telah mendaftark­an diri untuk menerima vaksin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia