Utusan Borneo (Sarawak)

Peluang untuk belia tingkat potensi diri

Sarawak Skills, i- CATS Miri meterai MoU dengan empat syarikat automotif tempatan

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Sarawak Skills dan Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) Cawangan Miri memeterai Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan empat syarikat automotif tempatan bagi menawarkan program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

Melalui jalinan kerjasama strategik tersebut, peserta program anjuran Sarawak Skills Miri akan dianugerah­kan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua Perkhidmat­an Pembaikan-Kenderaan Ringan oleh Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK), Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) setelah tamat mengikuti program itu nanti.

Empat syarikat yang terawal menandatan­gani MoU dengan Sarawak Skills ialah GR Automotive diwakili Greenson Richard, Torque Hunter diwakili Fazrun Fhamy Fadil, Razak Garage diwakili Zakaria Bakri dan D.I.A Automobile diwakili Mohamad Yusman Abdul

Razak.

Pengarah Kampus Sarawak Skills Miri, Ts. Syuhaira Mohd Zin berkata pihaknya berasa gembira kerana mendapat kerjasama dan sambutan yang sangat menggalakk­an daripada industri automotif bagi memperoleh pentauliah­an program SLDN di bawah JPK.

“Melalui program yang disediakan ini, ia mampu memberi lebih banyak peluang kepada belia untuk meningkatk­an potensi diri mereka serta mempelajar­i kemahiran baharu dan membina kerjaya dalam industri automotif.

“Dengan standard dan kualiti perkhidmat­an terbaik yang kami (Sarawak Skills) miliki, ini merupakan kelebihan dan kelainan yang ingin kami ketengahka­n kepada belia,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Dalam pada itu, Ts. Syuhaira juga berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sementara itu, Sarawak Skills Miri juga menawarkan program SKM dalam bidang Teknologi Kejurutera­an Automasi (Mekatronik), Elektrik, Sistem Komputer, Teknologi Elektrikal dan Elektronik dan Pengurusan Pejabat.

Turut ditawarkan adalah program akademik di bawah i-CATS iaitu Higher National Diploma (HND) Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik, Diploma Pentadbira­n Perniagaan, Diploma Pengurusan Perladanga­n dan Sijil Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik.

Kemasukan bagi sesi April dan Mei kini dibuka dan

“Melalui

program yang disediakan ini, ia mampu memberi lebih banyak peluang kepada belia untuk meningkatk­an potensi diri mereka serta mempelajar­i kemahiran baharu dan membina kerjaya dalam industri automotif.

Ts. Syuhaira Mohd Zin

Pengarah Kampus Sarawak Skills Miri

sebarang pertanyaan boleh hubungi Pegawai Pemasaran

Sarawak Skills Miri menerusi talian 012-8992184.

 ??  ?? JALIN KERJASAMA: (Dari kanan) Zakaria, Fazrun Fhamy, Ts. Syuhaira, Greenson dan Ambrose Edward Rantai.
JALIN KERJASAMA: (Dari kanan) Zakaria, Fazrun Fhamy, Ts. Syuhaira, Greenson dan Ambrose Edward Rantai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia