Utusan Borneo (Sarawak)

PERKESO Sibu sampaikan cek bantuan FHUS kepada penghantar barang

-

SIBU: Seorang penghantar barang dan makanan bebas yang terlibat kemalangan menerima Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) daripada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Sibu, kelmarin.

Menurut kenyataan media PERKESO Sibu, simbolik penyerahan cek bantuan FHUS kepada Irfan Izzudin David disampaika­n oleh Pegawai Eksekutif PERKESO Sibu Rumaizah Abdul Rahim, mewakili Pengurus Pejabat PERKESO Sibu.

“Irfan merupakan pencarum di bawah pelan kedua iaitu Skim Lindung di mana pelan ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dengan caruman sebenar sebanyak RM232.80 setahun,” kata kenyataan itu.

Irfan telah menjalanka­n pekerjaan sendiri sejak hampir lapan bulan lalu sebagai penghantar barang dan makanan kepada pelanggan.

Bagaimanap­un, pada 28

Februari lalu, Irfan mengalami cedera teruk pada bahagian kaki selepas terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan mengambil pesanan daripada pelanggan.

“Selepas siasatan dan semakan dijalankan, Irfan merupakan Orang Berinsuran­s Bekerja Sendiri (OBBS) yang terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu bekerja menghantar barang baru-baru ini.

“PERKESO Sibu telah mengambil tindakan proaktif melalui Skuad PERKESO Prihatin dengan segera menghubung­i OBBS untuk mendapatka­n maklumat lanjut mengenai kemalangan­nya dan seterusnya mengisi laporan kemalangan,” katanya.

Sementara itu, kenyataan itu juga berkata Skim Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) diwujudkan untuk memberi perlindung­an kepada individu yang menjalanka­n pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Dengan adanya faedah PERKESO di bawah SKSPS membolehka­n OBBS mendapat perlindung­an sebagaiman­a yang diperuntuk­kan dalam akta iaitu Bencana Pekerjaan sendiri yang bermaksud kecederaan diri pada OBBS yang disebabkan oleh suatu kemalangan atau suatu penyakit pekerjaan akibat daripada dan semasa menjalanka­n pekerjaan sendirinya termasuk semasa dalam perjalanan yang berkaitan dengan aktiviti pekerjaan sendirinya.

Kepada orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai skim perlindung­an ini sila layari laman web di www.perkeso.gov. my atau hadir ke Pejabat PERKESO Sibu di alamat No.1-5, Lorong Pahlawan 7, Jalan Pahlawan.

 ??  ?? SAMPAIKAN: Rumaizah (kiri) menyampaik­an cek bantuan FHUS kepada Irfan di Sibu, kelmarin.
SAMPAIKAN: Rumaizah (kiri) menyampaik­an cek bantuan FHUS kepada Irfan di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia