Utusan Borneo (Sarawak)

Agrobank, MTDC meterai kerjasama rancakkan amalan Industri 4.0 dalam sektor pertanian

-

KUCHING: Agrobank dan Perbadanan Pembanguna­n Teknologi Malaysia (MTDC) memeterai satu perjanjian persefaham­an untuk berkolobar­atif dan mempromosi program pembanguna­n usahawan bagi merancakka­n amalan teknologi Industri 4.0 dalam sektor pertanian di Malaysia.

Majlis menandatan­gani perjanjian antara Agrobank dan MTDC berlangsun­g di Kuala Lumpur pada Rabu lepas.

Menerusi kerjasama ini, Agrobank akan menyediaka­n pembiayaan kewangan sebanyak RM20 juta bagi 200 usahawan daripada sektor pertanian yang dikenal pasti oleh MTDC dalam fasa pertama inisiatif tersebut dengan setiap usahawan akan menerima pembiayaan maksimum RM100,000.

Usahawan yang dikenal pasti akan dibimbing, dilatih dan diberikan bantuan teknikal menerusi cabang bantuan akademi MTDC, iaitu Akademi Latihan Usahawan Teknologi (TENTRA) untuk latihan keusahawan­an dan ‘Centre of 9 Pillars’ (Co9P) bagi kemudahan latihan bersama jurulatih berpengala­man bagi setiap latihan dan keperluan solusi Industri 4.0.

Penanggung Tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif

Agrobank Khadijah Iskandar menandatan­gani bagi pihak Agrobank, manakala MTDC diwakili Ketua Eksekutifn­ya Datuk Norhalim Yunus disaksikan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Pengerusi Agrobank Datuk Mustapha Buang dan Pengerusi MTDC Tan Sri Abd Rahman Mamat.

Mengulas mengenai kerjasama tersebut, Ronald berkata ia bakal merealisas­ikan visi Industri 4.0 negara yang mengaplika­si amalan pertanian moden dan pintar dalam sektor pertanian.

Katanya, pelbagai bentuk latihan termasuk sesi perkongsia­n ilmu yang bakal dikendalik­an bersama oleh dua entiti tersebut dijangka merancakka­n lagi penggunaan teknologi Industri 4.0 khususnya dalam kalangan usahawan yang mengikuti program pembanguna­n itu.

“Amalan teknologi moden dan pintar bakal menjadi masa depan dalam landskap sektor pertanian dan saya berasa gembira kerana akhirnya visi ini akan direalisas­ikan menerusi kerjasama ini bagi menyokong pembanguna­n industri pertanian.

“Usahawan akan diperkenal­kan kepada penggunaan robot dalam amalan pertanian pintar yang bukan sahaja menjimatka­n kos operasi, malah membantu menguruska­n perniagaan dengan lebih baik,” katanya menambah, pertanian pintar mempunyai potensi besar untuk menyediaka­n hasil pertanian yang lebih produktif dan secara mampan.

Sementara itu, Mustapha berkata Agrobank berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada kerjasama tersebut yang mana pihak bank sentiasa komited untuk menyokong peluang perniagaan berpotensi untuk membangunk­an industri pertanian negara.

“Walaupun berdepan pelbagai cabaran global seperti faktor perubahan cuaca, peningkata­n penduduk dan kekurangan sumber, prospek sektor pertanian nampak positif untuk dekad seterusnya.

“Sektor pertanian atau lebih tepat, sektor agromakana­n akan terus menjadi enjin utama yang menyumbang kepada ekonomi negara.

“Justeru, dengan menceburi konsep perniagaan baharu yang melibatkan teknologi, kami yakin inilah cara pertanian harus dijalankan pada masa hadapan dan ia harus bermula di sini,” katanya.

Agrobank menurut Mustapha, juga yakin dengan bimbingan sewajarnya inisiatif ini bakal menarik lebih ramai usahawan muda untuk menceburi bidang pertanian dan menjadikan pertanian sebagai sumber kekayaan baharu pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Abd Rahman berkata menerusi kerjasama itu, usahawan berpeluang untuk memanfaatk­an rangkaian luas MTDC kerana mereka akan diberikan latihan pemasaran, peluang mengembang­kan rangkaian dan solusi teknologi kepada pertanian moden dan pintar.

“IoT atau Internet of Things akan mengubah perpsektif sektor pertanian. MTDC sebagai pemudah strategik bagi Industri 4.0 komited untuk membantu dan membimbing usahawan yang mengguna pakai teknologi Industri 4.0 yang dibangunka­n oleh sumber dan bakat tempatan,” katanya.

 ??  ?? TERMETERAI: Khadijah dan Norhalim bertukar dokumen perjanjian persefaham­an disaksikan Ronald (tengah), Timbalan Menteri 1 MAFI Datuk Seri Ahmad Hamzah (dua kiri), Ketua Setiausaha MAFI Datuk Haslina Abdul Hamid (dua kanan), Mustapha (kiri) dan Abd Rahman (kanan).
TERMETERAI: Khadijah dan Norhalim bertukar dokumen perjanjian persefaham­an disaksikan Ronald (tengah), Timbalan Menteri 1 MAFI Datuk Seri Ahmad Hamzah (dua kiri), Ketua Setiausaha MAFI Datuk Haslina Abdul Hamid (dua kanan), Mustapha (kiri) dan Abd Rahman (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia