Everrise adakan Promosi Penghargaan Ahli
KUCHING: Everrise mengadakan Promosi Penghargaan Ahli dengan pelbagai aktviti bagi menghargai pelanggan setianya.
Ahli Everrise boleh menikmati pelbagai tawaran menarik dan keistimewaan eksklusif termasuk harga ahli, promosi hari ahli, peraduan beli dan menang, penebusan barangan istimewa, pendaftaran percuma keahlian dan tawaran istimewa rakan niaga.
Bermula 6 April hingga 25 April ini, Everrise akan mengadakan promosi harga ahli di semua cawangannya Batu 4, BDC, CityONE, Demak Laut, Green Height Mall, Kota Samarahan, Metrocity, Matang Jaya, Padungan, Pending, Plaza Merdeka dan Vivacity.
Everrise akan menyediakan sehingga 700 produk pada harga ahli hebat, selain itu ahli boleh menyertai dalam peraduan beli dan menang bermula 6 April hingga 30 Mei di semua cawangannya.
Lebih menarik baucar tunai Everrise bernilai RM5,000 bakal dimenangi dan pemenang berpeluang memenangi baucar tunai Everrise RM500, RM300 dan RM100.
Hanya berbelanja RM80 dan ke atas dalam satu resit, ahli layak untuk menyertai peraduan ini.
Sebagai tambahan, bermula 9 April hingga 25 April, ahli Everrise boleh menebus barangan dengan mata di cawangan terlibat termasuk Batu 4, BDC, City ONE, Metrocity, Plaza Merdeka dan Vivacity.
Pelanggan juga boleh mendaftar bagi kad ahli Everrise percuma di semua cawangan Everrise.
Antara 9 April hingga 25 April juga, ahli Everrise boleh menikmati tawaran istimewa di kedai rakan niaga terpilih termasuk Chun Yang Tea, Le Parlour Cafe Studio, Teapack, Ronnie Optics dan Sunlight Pharmacy.
Jangan lepaskan peluang untuk merebut tawaran hebat pada Hari Ahli Sehari yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Sila semak laman Facebook rasmi Everrise dan ikuti saluran Telegram Everrise untuk maklumat lanjut.