12 organisasi di Meradong terima geran MRP
BINTANGOR: Sebanyak 12 penerima terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung dan rumah panjang serta kelab menerima geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM47,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad baru-baru ini.
Penerima terbabit ialah JKKK Kpg Salleh, Teluk Batu dengan geran berjumlah RM4,000, JKKK Rumah Benet Imang, Bukit Papit Baru (RM4,000), JKKK Rumah Mansor, Teluk Batu (RM4,000), JKKK Rumah Tigong, Teluk Batu (RM4,000), JKKK Rumah Boniface, Teluk Batu (RM4,000), JKKK Rumah David Pau, Teluk Batu (RM4,000), JKKK Rumah Jackson, Teluk Batu (RM4,000), JKKK Rumah Panjang, Bukit Papit (RM4,000), JKKK Rumah Rentap, Teluk Batu (RM4,000), JKKK Rumah Anthony Empati (RM4,000), JKKK Kampung Muara Lebaan Bintangor (RM4,000) dan Kelab Jabatan Pertanian Daerah Meradong (RM3,000).
Pada majlis penyerahan geran yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Meradong di sini, Safiee berharap MRP tersebut akan dimanfaatkan sebaiknya demi kemajuan jawatankuasa rumah panjang dan kampung serta kelab masing-masing.
Terdahulu, turut diadakan Mesyuarat Pemantauan Penyelarasan dan Pelaksanaan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Tahun 2021.
Pada mesyuarat itu, Safiee menghargai peranan agensiagensi pelaksana yang sentiasa memastikan projek RTP berjalan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Antara agensi pelaksana yang menghadiri mesyuarat tersebut ialah Pejabat Daerah Meradong, JKR Bahagian Sarikei, Majlis Daerah Maradong dan Julau (MDMJ), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPPS) Bahagian Sarikei dan SESCO Sarikei.
Turut hadir Pegawai Daerah Meradong Baijuri Bidin, Jurutera Awam JKR Bahagian Sarikei Toh Chee Leong, Pegawai Pertanian Daerah Meradong Tahir Dullah dan ketua-ketua masyarakat setempat.