Utusan Borneo (Sarawak)

Melaka cadang wujud jawatan arboris untuk pulihara pokok warisan

-

MELAKA: Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bercadang untuk mewujudkan jawatan arboris, iaitu pakar dalam penjagaan tumbuhan berkayu dan kesihatan pokok bagi memastikan pokok-pokok warisan di Melaka, kekal terpulihar­a.

Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, satu perbincang­an akan diadakan dengan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Melaka dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mempertimb­angkan cadangan itu.

“Kita akan membuat kajian terperinci mengenai perkara ini kerana ia dilihat lebih menjimatka­n perbelanja­an kerajaan negeri untuk sama ada melantik syarikat luar atau buka jawatan tetap dalam PBT.

“Hal landskap ini, ia adalah perancanga­n jangka masa panjang kerana PBT sememangny­a akan berurusan membabitka­n hal-hal berkaitan pokok-pokok di setiap kawasan pentadbira­n,” katanya ketika ditemui pemberita di Banda Hilir di sini, semalam.

Terdahulu beliau menyempurn­akan gimik acara menanam semula anak pokok jenis Batai Laut di hadapan bangunan The Stadthuys di Jalan Tun Khalil Yaakob di sini, bagi menggantik­an pokok ikonik berusia 127 tahun yang tumbang pada 17 Mac lepas.

Beliau berkata, proses penanaman semula anak pokok berusia enam tahun itu dilakukan oleh penguat kuasa dan Jabatan Landskap MBMB dengan kerjasama arboris yang dilantik selama tiga jam bermula jam 4 petang Rabu lepas.

Beliau berkata, anak pokok batai laut setinggi dua meter itu dipindahka­n teliti dari Jalan Tebing Tinggi, Bukit Katil menggunaka­n kaedah yang disarankan oleh arboris.

“Pokok ini akan dijaga oleh syarikat arboris dilantik dengan pemeriksaa­n kesihatan akan dilakukan enam bulan sekali.

Menurut Zainal, pokok ikonik batai laut berusia 127 tahun yang tumbang pada 17 Mac lepas telah mendapat perhatian masyarakat dan kerajaan negeri berharap usaha penanaman semula pokok ini dapat mengembali­kan nostalgia khususnya rakyat di Melaka.

Katanya, kajian mendapati punca sebenar pokok ikonik itu tumbang adalah disebabkan kerosakan pada akar yang mungkin berpunca daripada pembinaan tembok penghadang di sekeliling­nya.

“Akar pokok ini bukan akar tunjang, ia jenis menjalar secara berselerak. Jadi, bila ada tembok penghadang itu mungkin memberikan halangan kepada akar untuk tumbuh dengan lebih sihat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia