Utusan Borneo (Sarawak)

Mesir jatuhi hukuman penjara seumur hidup ketua Ikhwanul Muslimin

-

KAHERAH: Mesir kelmarin menjatuhka­n hukuman penjara seumur hidup terhadap Mahmud Ezzat, pemimpin kanan berusia 76 tahun bagi kumpulan yang diharamkan Ikhwanul Muslimin, selepas dia didapati bersalah untuk “keganasan”, lapor akhbar milik negara Al-Ahram.

“Mahkamah Jenayah Kaherah kelmarin menjatuhka­n hukuman penjara seumur hidup terhadap Mahmoud Ezzat, pemangku ketua agung bagi Ikhawanul Muslimin yang dianggap sebagai seorang pengganas, kerana tuduhan membunuh dan keganasan,” menurut akhbar.

Ezzat telah ditangkap pada Ogos 2020 di Kaherah, selepas berada dalam buruan selama beberapa tahun.

Dia didapati bersalah kerana “menghasut untuk membunuh” dan telah “membekalka­n senjata” ketika perbalahan antara penunjuk perasaan di luar ibu pejabat Ikhwanul Muslimin pada 2013, menurut sumber kehakiman, yang turut mengesahka­n hukuman tersebut.

Pada2015,Ezzatdijat­uhkan hukuman mati tanpa kehadirann­ya, termasuk dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, selepas didapati bersalah menguruska­n pembunuhan anggota tentera dan pegawai kerajaan.

Dia turut dituduh untuk penglibata­n dalam pembunuhan pendakwa raya negara Hisham Barakat, yang meninggal dunia di hospital selepas satu letupan bom berlaku ketika konvoinya di Kaherah pada 2015.

Ikhwanul telah diharamkan di Mesir pada 2013, beberapa bulan selepas pihak tentera mengguling­kan presiden Islamis Mohamed Morsi, yang berasal daripada pergerakan itu.

Morsi digulingka­n pada 2013 oleh pihak tentera, kemudian diketuai oleh Abdel Fattah al-Sisi, yang menjadi presiden.

Ditubuhkan pada 1928, Ikhwanul telah membentuk dirinya pada pertengaha­n kurun ke-20 sebagai pergerakan pembangkan­g utama di Mesir.

Ezzat dilaporkan telah menyertai Ikhwanul Muslimin pada tahun 1960-an, dan menghabisk­an banyak masa dalam penjara di bawah presiden Mesir Gamal Abdel Nasser, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia