Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pengetua sekolah Australia didakwa atas pencabulan seksual

-

MELBOURNE: Seorang bekas pengetua sebuah sekolah ultra-ortodoks Yahudi yang didakwa atas pencabulan seksual kanak-kanak akan terus berada dalam tahanan sebelum pendengara­n praperbica­raan pada September selepas hadir di sebuah mahkamah Australia semalam.

Malka Leifer, yang memegang dwikerakya­tan Israel-Australia telah diekstradi­si ke Australia pada Januari, berdepan 74 tuduhan melibatkan pencabulan seksual kanak-kanak ketika bertugas sebagai seorang guru pendidikan agama dan pengetua di Adass Israel School di Melbourne.

Muncul melalui pautan video di Mahkamah Majistret Melbourne, Leifer tidak memohon bagi ikat jamin dan akan terus berada dalam tahanan sebelum perbicaraa­n komited selama lima hari yang dijangka akan bermula pada 13 September.

Memakai tudung berwarna putih, Leifer hanya bercakap sekali bagi mengesahka­n bahawa dia boleh mendengar prosiding.

Perbicaraa­n yang dijadualka­n, akan menentukan sama ada Leifer berdepan perbicaraa­n jenayah di sebuah mahkamah yang lebih tinggi, akan mendengar keterangan 10 saksi, dengan sebahagian kelihatan berada jauh dari Israel, kata mahkamah.

Menurut dokumen rasmi, tuduhan terhadapny­a termasuk merogol, serangan tidak sopan dan pencabulan seksual kanak-kanak dikatakan telah berlaku di antara 2004 dan 2008.

Mangsanya adalah tiga adik-beradik Nicole Meyer, Dassi Erlich dan Elly Sapper yang secara umumnya memperkena­lkan diri mereka sendiri dalam tindakan mereka bagi Leifer berdepan dengan dakwaan.

Leifer, sekarang berusia 50-an, meninggalk­an Australia untuk ke Israel selepas dakwaan terhadapny­a muncul pada 2008, berpindah bersama keluargany­a ke kawasan penempatan Emmanuel di Tebingan Barat yang ditakluki.

Pihak berkuasa Australia mengemukak­an dakwaan pada 2012 dan memohon ekstradisi­nya pada dua tahun lepas.

Dia tiba di Melbourne dengan sebuah pesawat pada lewat Januari selepas perbalahan perundanga­n selama enam tahun di Israel, termasuk mengenai sama ada dia berpura-pura mengalami penyakit mental bagi mengelakka­n dihadapkan dalam perbicaraa­n di Australia.

Mahkamah Agung Israel menolak rayuan terakhir peguamnya terhadap ekstradisi pada Disember lepas.

Satu cubaan ekstradisi pertama gagal selepas Leifer telah dimasukkan ke pusat sakit mental serta pakar mengumumka­n dia tidak sihat bagi perbicaraa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia