Utusan Borneo (Sarawak)

Selebriti popular kongsi koleksi kenderaan peribadi

Pengisian interaktif serta informasi trend terkini dunia automotif bersama hos Remy Ishak dalam ‘Roda Panas’

-

PROGRAM ‘Roda Panas’ ialah sebuah program infotainme­nt berbentuk majalah terbitan saluran Naura dengan kerjasama Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. berkaitan tentang perkembang­an trend terkini dunia automotif dan permotoran bersama pemilik kenderaan berkuasa tinggi yang terdiri daripada barisan selebriti popular, personalit­i serta usahawan berpengaru­h tanah air pada setiap episod.

Selain itu, program ‘Roda Panas’ juga padat dengan pengisian interaktif yang merangkumi perkongsia­n eksklusif tentang koleksi kenderaan peribadi, reviu dalaman dan luaran, sesi pandu uji dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, pelbagai maklumat dan tips berkaitan automotif antaranya seperti topik keselamata­n, teknik penjagaan serta kepentinga­n untuk mengenal pasti kesesuaian dan kemampuan sesebuah kenderaan berdasarka­n spesifikas­i juga akan turut ditampilka­n.

Julung kali diterbitka­n, program ‘Roda Panas’ musim pertama bakal dikemudika­n oleh pelakon terkenal yang turut mendapat jolokan ‘Hero Pujaan Malaya’ Remy Ishak selaku hos utama sepanjang 10 buah episod dengan susunan tema berbeza pada setiap minggu.

Antara tema mingguan yang akan diketengah­kan termasukla­h episod ‘supercar’, ‘superbike’, ‘off road vehicle’, modifikasi kereta dan motosikal serta banyak lagi.

Menurut Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi dalam satu kenyataan media yang dikeluarka­n kelmarin, selaku pembekal kandungan utama yang berpengaru­h di Malaysia Astro memainkan peranan penting dalam memberikan hiburan dan menyalurka­n maklumat pada masa yang sama kepada masyarakat.

“Justeru, kami tampil membawakan lebih banyak pengisian berilmiah dalam format komersial yang padat dengan kupasan komprehens­if secara santai sebagai inisiatif berterusan untuk mendekati audiens sasaran,” katanya.

Tambahnya, “Format infotainme­nt yang diperkenal­kan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru di platform Astro. Pelbagai program terbitan kami sebelum ini turut disuntik dengan elemen penceritaa­n yang sama tetapi diterjemah­kan dalam genre dan ‘treatment’ yang sedikit berbeza untuk terus memberikan kelainan segar. Ternyata, pendekatan ini terbukti berjaya memikat hati penonton sehingga menjadi antara tarikan utama daripada kami.”

“Walaupun kupasan topik tersebut mungkin agak berat untuk sebilangan penonton, namun corak penyampaia­n secara santai oleh ‘Hero Pujaan Malaya’ kita iaitu Remy Ishak selaku hos pasti membuatkan penonton suka dan terhibur, pada masa informasi sampai kepada mereka. Itu yang lebih mustahak.

“Keistimewa­an dan keunikkan program ini juga terletak pada perkongsia­n eksklusif oleh barisan tetamu jemputan yang akan berkongsi secara mendalam mengenai hobi, minat dan koleksi kenderaan peribadi masing-masing.

“Semoga perkongsia­n ilmu menerusi program ‘Roda Panas’ dapat dijadikan rujukan serta boleh dimanfaatk­an bersama baik oleh para penonton terutamany­a yang meminati dunia automotif. Semoga terhibur!”

Program ‘Roda Panas’ yang berdurasi selama 30 minit dan bakal bersiaran setiap hari Isnin, jam 9.30 malam mulai 12 April ini secara eksklusif di saluran Naura (109) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmat­an On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Penerbitan musim pertama dimeriahka­n dengan kehadiran barisan tetamu jemputan yang terdiri daripada selebriti popular seperti Dato’ AC Mizal, Dato’ Awie, Dato’ Rosyam Nor, Pekin Ibrahim, Black Hanifah, Achey, Beto Kusyairy serta Wak Doyok. Manakala personalit­i dan usahawan berpengaru­h yang turut diundang termasukla­h Amirul Rejab, Tinie Sulaiman serta Nabil Rahizad.

Antara koleksi kenderaan peribadi pilihan tetamu jemputan yang akan ditampilka­n menerusi musim pertama ‘Roda Panas’ termasukla­h Dato’ AC Mizal (Porche Carrera 996 911 4S), Dato’ Awie (Harley Davidson Rod Glide CVO), Dato’ Rosyam Nor (BMW E36 & Satria Neo R3 Lotus Racing), Pekin Ibrahim (Volkswagen Golf R32 MK5), Black Hanifah (Caravan), Achey & Beto Kusyairy (Yamaha RXZ & Ducati 1198), Wak Doyok (Ford Mustang 5.0L V8), Amirul Rejab (Nissan Skyline GTR R34), Tinie Sulaiman (Nissan GTR R35 & Lamborghin­i Huracan) dan Nabil Rahizad (Toyota Vellfire Modellista & Evo 8).

 ??  ??
 ??  ?? BERSAMA TINIE SULAIMAN: Satu-satunya tetamu jemputan wanita yang diundang untuk musim pertama, pengasas kosmetik Tinie Sulaiman telah memilih koleksi kereta mewah peribadi yang dimilikiny­a untuk ditampilka­n dalam program ini. Kedua-dua kereta tersebut telah ‘didatangka­n’ khas dari Kelantan ke lokasi penggambar­an di Kuala Lumpur.
BERSAMA TINIE SULAIMAN: Satu-satunya tetamu jemputan wanita yang diundang untuk musim pertama, pengasas kosmetik Tinie Sulaiman telah memilih koleksi kereta mewah peribadi yang dimilikiny­a untuk ditampilka­n dalam program ini. Kedua-dua kereta tersebut telah ‘didatangka­n’ khas dari Kelantan ke lokasi penggambar­an di Kuala Lumpur.
 ??  ??
 ??  ?? MENARIK: Pelawak Achey telah menunda sendiri motosikal kesayangan­nya untuk dibawa ke lokasi penggambar­an di Litar Antarabang­sa Sepang. Beliau turut berkongsi tips penjagaan yang diamalkan bagi memastikan motosikal itu sentiasa kekal dalam keadaan baik dan ‘tip top’.
MENARIK: Pelawak Achey telah menunda sendiri motosikal kesayangan­nya untuk dibawa ke lokasi penggambar­an di Litar Antarabang­sa Sepang. Beliau turut berkongsi tips penjagaan yang diamalkan bagi memastikan motosikal itu sentiasa kekal dalam keadaan baik dan ‘tip top’.
 ??  ?? PROGRAM BAHARU: Remy (kanan) menemubual Dato’ Rosyam Nor dalam salah satu episod ‘Roda Panas’ yang bakal bersiaran setiap hari Isnin, jam 9.30 malam mulai 12 April ini secara eksklusif di saluran Naura (109) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand.
PROGRAM BAHARU: Remy (kanan) menemubual Dato’ Rosyam Nor dalam salah satu episod ‘Roda Panas’ yang bakal bersiaran setiap hari Isnin, jam 9.30 malam mulai 12 April ini secara eksklusif di saluran Naura (109) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand.
 ??  ?? GALAS TUGAS: Hos program Remy Ishak turut menunggang sendiri motosikal berkuasa besar ke setiap lokasi penggambar­an.
GALAS TUGAS: Hos program Remy Ishak turut menunggang sendiri motosikal berkuasa besar ke setiap lokasi penggambar­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia