Utusan Borneo (Sarawak)

Penunggang p-hailing sumbang dua pertiga daripada 2,576 kes maut babitkan motosikal

-

PUTRAJAYA: Dua pertiga daripada 2,576 kes kematian penunggang motosikal dalam tempoh sembilan bulan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pada tahun lepas melibatkan penunggang p-hailing, iaitu perkhidmat­an penghantar­an barangan dan makanan menggunaka­n motosikal.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang memetik statistik Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, adalah menyedihka­n isu kemalangan jalan raya turut melibatkan golongan p-hailing yang juga ‘bread winner’ (pencari nafkah) kepada keluarga.

“Anak-anak kehilangan bapa atau ibu mereka, dan memberi kesan sosial serta ekonomi kepada waris keluarga ini,” katanya yang menganggar­kan terdapat 100,000 individu terlibat dalam perkhidmat­an p-hailing di negara ini.

Sehubungan itu, Kempen Keselamata­n p-hailing bertemakan ‘Penunggang­an Cermat, Penghantar­an Selamat’ yang dilancarka­n beliau semalam merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama pihak penyedia perkhidmat­an, untuk mengurangk­an kadar kemalangan serta meningkatk­an kesedaran pengguna jalan raya.

Menurutnya, kajian pemerhatia­n oleh Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) melalui kamera litar tertutup (CCTV) mendapati 70 peratus penunggang phailing menunjukka­n tingkah laku berisiko pada waktu puncak.

Antaranya berhenti di petak kuning, melanggar lampu merah serta menggunaka­n telefon mudah alih ketika menunggang, katanya.

Sehubungan itu, kempen keselamata­n dalam kalangan penunggang p-hailing diadakan selama enam bulan mulai April hingga September ini, yang membawa mesej keselamata­n jalan raya melalui pop-up aplikasi, khidmat latihan penunggang­an selamat serta aktiviti pemerhatia­n tingkah laku.

Selain itu, peringatan secara langsung juga akan dilaksanak­an kepada semua penunggang motosikal semasa berhenti di persimpang­an lampu isyarat yang dilengkapi kamera litar tertutup dan sistem pembesar suara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KERJASAMA: Dr Zulkifli menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Perjanjian Program Penjanaan Dana Infaq Yadim bersama MobilityOn­e Sdn Bhd di Kompleks Islam Putrajaya semalam. Turut hadir Nasrudin (kiri) dan Hussian (kanan).
— Gambar Bernama KERJASAMA: Dr Zulkifli menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Perjanjian Program Penjanaan Dana Infaq Yadim bersama MobilityOn­e Sdn Bhd di Kompleks Islam Putrajaya semalam. Turut hadir Nasrudin (kiri) dan Hussian (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia