Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNHEP adakan libat urus dengan PBT pastikan SOP bazar Ramadan dipatuhi: Nanta

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan libat urus dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) bazar Ramadan dipatuhi.

Menterinya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, selain penguatkua­saan dari segi harga, kementeria­n akan bekerjasam­a memastikan SOP norma baharu dipatuhi seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

“Ia juga bagi memastikan SOP norma baharu dipatuhi kerana kita tidak mahu bazar Ramadan menjadi pencetus kluster baharu COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Jualan Malaysia (PJM) 2021 sempena Jom Shopping Raya di Pusat Tekstil Jakel di sini semalam.

Kerajaan sebelum ini mengumumka­n bazar Ramadan seluruh negara tahun ini dibenarkan beroperasi mengikut SOP ketat yang akan ditetapkan PBT di negeri masing-masing.

Umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Ramadan pada 13 April ini.

Mengenai PJM 2021, beliau berkata edisi kedua program itu menyasarka­n nilai jualan sektor runcit sebanyak RM120 bilion.

Sasaran tersebut, kata beliau, realistik berdasarka­n kejayaan PJM 2020 yang mencatatka­n nilai jualan RM135.9 bilion melebihi sasaran RM100 bilion.

“PJM kali ini memfokuska­n kepada pemulihan sektor peruncitan negara yang terjejas akibat COVID-19.

“Bagi edisi kedua ini, ia memberi fokus pada segmen perayaan terbesar di Malaysia iaitu Hari Raya, Pesta Gawai dan Kaamatan, Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Deepavali dan Krismas,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Alexander (tiga kanan) bergambar bersama Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel (tiga kiri) dan Pengarah Operasi Kumpulan Jakel Datuk Mohd Nizam Mohd Jakel (dua kiri) ketika pelancaran Program Jualan Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri 2021 di Jakel, Jalan Munshi Abdullah dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Alexander (tiga kanan) bergambar bersama Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel (tiga kiri) dan Pengarah Operasi Kumpulan Jakel Datuk Mohd Nizam Mohd Jakel (dua kiri) ketika pelancaran Program Jualan Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri 2021 di Jakel, Jalan Munshi Abdullah dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia