Utusan Borneo (Sarawak)

MAFI komited ‘meremajaka­n’ sektor pertanian

-

KEPALA BATAS: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan terus berusaha untuk ‘meremajaka­n’ sektor pertanian dengan meningkatk­an penglibata­n generasi muda serta memastikan mereka berada di landasan yang tepat melalui pelbagai kursus di bawah Program Agropreneu­r Muda dan Geran Agropreneu­r Muda (GAM).

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerajaan berjaya meningkatk­an penglibata­n golongan muda pada tahun 2020 apabila seramai 1,149 orang menerima geran berjumlah RM21.7 juta berbanding 750 orang pada 2019 dan 785 orang pada 2018.

Beliau berkata, GAM yang berbentuk barangan ini mampu meningkatk­an pengeluara­n hasil dan menambah pendapatan agropreneu­r muda, dengan kementeria­n memperuntu­kkan sebanyak RM15 juta untuk 750 usahawan muda pada tahun ini.

“Kursus-kursus berkaitan perniagaan sentiasa diadakan untuk memberi pendedahan kepada usahawan pertanian dan agromakana­n, dan melayakkan mereka untuk mendapatka­n bantuan geran sehingga RM20,000.

“Penglibata­n lebih ramai orang muda sekali gus dapat membantu kementeria­n untuk meningkatk­an pengeluara­n sektor pertanian kerana golongan ini mahir menggunaka­n teknologi moden, automasi dan mekanisasi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Agropreneu­r Muda Rancangan Perniagaan di sini semalam.

Katanya, skop program ini menyediaka­n bantuan geran berbentuk barangan sehingga RM20,000 bagi projek baharu, bantuan modal melalui Pakej Pembiayaan Khas TEKUN Nasional sehingga RM50,000 dan Pakej Pembiayaan AgroYES melalui Agrobank sehingga RM500,000 bagi projek pengembang­an.

Che Abdullah turut menyampaik­an cek cura GAM bernilai RM960,000 yang melibatkan seramai 51 penerima di Pulau Pinang.

Seorang penerima, Kuzyriyn Shatiza Abdullah Kuzairi, 38, berkata beliau akan menggunaka­n bantuan RM20,000 tersebut bagi menambah peralatan serta meningkatk­an kapasiti pengeluara­n produk kek, roti dan pastri yang telah dijalankan­nya sejak 2008 dan ini merupakan pertama kali beliau menerima bantuan seumpamany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia