Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia bersedia hadapi status negara tua

-

KANGAR: Kerajaan akan terus memberi perhatian khusus terhadap warga emas sebagai persediaan bagi menghadapi status negara tua menjelang 2030, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau berkata, peratus warga emas (melebihi umur 60 tahun) dijangka meningkat secara drastik iaitu kepada 5.3 juta dalam masa 10 tahun akan datang.

“Pada 2020 terdapat 3.7 juta orang warga emas di negara ini dan ia dijangka meningkat sebanyak 15.3 peratus iaitu kepada 5.3 juta pada 2030,” katanya ketika berucap pada Program Volunteeri­sm @Pawe: Bengkel Kemahiran Asas Kesukarela­wanan di sini semalam.

Beliau berkata, kajian juga menunjukka­n hampir 23 peratus atau 538,000 orang daripada 2.4 juta warga emas di negara ini mengalami sindrom sarang kosong iaitu ‘empty nest’ (rasa kesunyian dan sedih) akibat tinggal bersendiri­an dan jauh daripada anak-anak.

“Kesunyian dan kemurungan ini memberi kesan kepada kesihatan mereka, serta membataska­n peranan mereka sebagai anggota masyarakat,” katanya.

Rina berkata, kerajaan menerusi Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Pelan Strategikn­ya 2021 hingga 2025, memberi penekanan kepada pembanguna­n warga emas di negara ini.

Beliau berkata menerusi Belanjawan 2021, kerajaan telah menaikkan bantuan kewangan tahunan pengendali­an Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) daripada RM33,330 kepada RM50,000 bagi melaksanak­an program dan aktiviti PAWE selari dengan konsep warga emas aktif dan produktif.

Katanya, pada tahun ini juga sebanyak RM7.15 juta diperuntuk­kan bagi pengoperas­ian 143 PAWE di seluruh negara sebagai tanda komitmen kerajaan dalam meningkatk­an kualiti hidup warga emas.

Beliau berkata, PAWE beroperasi berteraska­n konsep Organisasi Berasaskan Komuniti yang dikendalik­an oleh badan bukan kerajaan dengan kerjasama strategik KPWKM.

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Rina (dua kanan) bergambar bersama para peserta pada majlis Pelancaran VolunteerI­SM@PAWE: Bengkel Kemahiran Asas Kesukarela­wan di Kangar, semalam.
— Gambar Bernama KENANGAN: Rina (dua kanan) bergambar bersama para peserta pada majlis Pelancaran VolunteerI­SM@PAWE: Bengkel Kemahiran Asas Kesukarela­wan di Kangar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia