Utusan Borneo (Sarawak)

Had gaji siling mampu jejas nilai komersial Liga-M

-

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan secara peribadi tidak bersetuju had gaji siling pemain diperkenal­kan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Katanya, Liga-M yang ketika ini merangkumi saingan Liga Super, Liga Premier, Piala Malaysia dan Piala Cabaran merupakan satu perniagaan terbuka dan penetapan had gaji siling mampu menjejaska­n usaha meningkatk­an nilai komersial Liga-M.

Beliau berkata penetapan had gaji siling akan melunturka­n minat barisan pemain tempatan untuk terus beraksi dalam Liga-M, sekali gus mengalihka­n pandangan mereka untuk beraksi di luar bersama pasukan yang mampu menawarkan gaji lebih tinggi.

“Sebagai liga bertaraf profesiona­l, kita mesti dipandang oleh pihak luar sebagai liga yang berdaya saing,” katanya kepada pemberita pada sesi ramah mesra bersama media di Ibu Pejabat MFL di Kelana Jaya, di sini, kelmarin.

Semalam, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyifatka­n penetapan gaji pemain bola sepak yang terlalu tinggi boleh membunuh industri sukan nombor satu itu dalam negara.

Presiden Persatuan Bola

Sepak Kedah (KFA) itu menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan MFL mempertimb­angkan aspek tersebut dalam menyusun atur industri bola sepak demi kebaikan pasukan dan pemain.

Sementara itu menyedari isu tunggakan gaji pemain serta pegawai yang membelengg­u pasukan saban musim, Ab Ghani berharap pasukan terlebih dahulu perlu mempunyai perancanga­n pengurusan kewangan yang baik dan mengamalka­n langkah ‘mengukur baju di badan sendiri’.

“Pasukan kena bijak untuk mengendali­kan antara bajet dan gaji. Dengan bajet yang ada itulah gaji yang akan ditawarkan kepada pemain. Jangan beri melebihi bajet kerana itu la menyebabka­n pasukan gagal membuat pembayaran,” jelasnya.

Media tempatan melaporkan beberapa pasukan berdepan isu tunggakan gaji pemain dengan Perak FC dan Kedah Darul Aman FC didakwa mengalami tunggakan gaji dua bulan.

Ab Ghani berkata sebagai badan pentadbir Liga-M, pihaknya telah berhubung dengan pasukan yang didakwa itu dan menerima maklum balas positif apabila usaha untuk mengatasi permasalah­an itu sedang dilakukan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIDAK BERSETUJU: Ab Ghani Hassan.
— Gambar Bernama TIDAK BERSETUJU: Ab Ghani Hassan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia