Utusan Borneo (Sarawak)

FASA PERTAMA PROJEK TEBINGAN SRI AMAN KINI CAPAI 80 PERATUS

Projek bakal jadi mercu tanda baharu bandar Simanggang: Harden

- Oleh Kelvin Lambai

BINTULU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu menyumbang 460 kotak buah kurma, jadual imsak dan berbuka puasa serta 20 karton air mineral kepada penduduk Kampung Assyakirin Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 semalam.

Sumbangan 180 kotak kurma disampaika­n oleh Pengerusi SUPP Cawangan Bintulu Johnny Pang Leong Ming kepada ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Assyakirin Fasa 1 yang mewakili Ketua Kaumnya (KK) Pengiran Hamdan Pengiran Kerta.

Sebanyak 130 kotak kurma lagi diserahkan kepada KK Kampung Assyakirin Fasa 2 Abu Bakar Abdul Razak dan 150 kotak kurma kepada KK Kampung Assyakirin Fasa 3 Zaini Seli.

Penyampaia­n sumbangan yang turut disaksikan ahli Jawatankua­sa Tertinggi SUPP Bintulu itu bertujuan membantu penduduk tiga kampung terbabit menyambut kedatangan bulan Ramadan minggu depan.

SRI AMAN: Fasa pertama Projek Pembinaan Tebingan Sri Aman kini siap 80 peratus, kata Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis.

Menurutnya, fasa pertama projek tersebut dibahagika­n kepada tiga seksyen iaitu waf, laluan pejalan kaki dan pusat kebudayaan.

Beliau optimis projek berkenaan dapat disiapkan mengikut jadual iaitu seksyen pertama pada penghujung April, seksyen kedua penghujung Mei, manakala seksyen ketiga pada penghujung Jun depan.

“Seperkara yang saya nampak boleh mempercepa­tkan pembinaan ialah dengan menambah jumlah pekerja sedia ada.

“Ini dengan menawarkan kadar upah yang lebih tinggi supaya dapat menarik minat pencari kerja dalam bidang pembinaan,” ujarnya selepas melakukan tinjauan untuk melihat sendiri kemajuan pelaksanaa­n projek berkenaan, semalam.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata, penduduk Sri Aman harus berasa bangga kerana projek tersebut bakal menjadi mercu tanda baharu pelanconga­n bagi bandar Simanggang.

“Ini boleh kita katakan sebagai salah satu projek pembanguna­n atau projek mega bagi menarik lebih ramai lagi pelancong ke bandar Simanggang sekaligus menjana pendapatan penduduk serta industri pelanconga­n di sini,” ujarnya.

Turut serta dalam tinjauan tersebut, beberapa kakitangan dari Konsultan Konsortium Bumi diketuai oleh AR David Keen Hollis

Ini boleh kita katakan sebagai salah satu projek pembanguna­n atau projek mega bagi menarik lebih ramai lagi pelancong ke bandar Simanggang sekaligus menjana pendapatan penduduk serta industri pelanconga­n di sini.

Datuk Francis Harden Hollis

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Sarawak

dan taklimat perkembang­an projek disampaika­n oleh

Wong Chung Ming dari Syarikat Mexajati Sdn Bhd.

 ??  ??
 ??  ?? TERTARIK: Harden (kiri) semasa melakukan tinjauan ke atas Projek Pembinaan Tebingan Sri Aman kelmarin.
TERTARIK: Harden (kiri) semasa melakukan tinjauan ke atas Projek Pembinaan Tebingan Sri Aman kelmarin.
 ??  ?? TERIMALAH: Johny (tiga kiri) menyerahka­n sumbangan kepada Abang Sharie untuk penduduk Kampung Assyakirin Fasa 1, semalam.
TERIMALAH: Johny (tiga kiri) menyerahka­n sumbangan kepada Abang Sharie untuk penduduk Kampung Assyakirin Fasa 1, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia