Utusan Borneo (Sarawak)

LILLE CENGKAM PUNCAK LIGUE 1

Kemenangan 2-0 ke atas Metz letakkan mereka enam mata mendahului PSG yang di tangga kedua

-

PARIS: Lille berkelebih­an enam mata mendahului pasukan lawan Paris SaintGerma­in (PSG) dalam Ligue 1 Perancis pada Jumaat dengan kemenangan 2-0 ke atas Metz.

Kini mereka berada di puncak pasukan utama Perancis berbekalka­n 69 mata dalam 32 permainan manakala PSG dengan 63, Monaco 62 dan Lyon 61 sebelum perlawanan mereka hujung minggu ini.

Pemain penyerang veteran kelahiran Turki Burak Yilmaz meledakkan gol pembukaan dalam perlawanan dan rakan senegarany­a Zeki Celik menjaringk­an gol kedua pada masa penamat selepas penjaga gol Lille Mike Maignan menafikan gol penalti Metz.

“Permainan bermula dengan hambar,” akui jurulatih Lille Christophe Galtier.

“Kami bergelut untuk menguasai bola. Keinginan untuk bermain rancak membuat kami tergopoh-gapah dan kami membazirka­n peluang. Mike mengekalka­n semangat kami dalam perlawanan dengan menafikan penalti tadi.”

Yilmaz menampilka­n bakat hebat, mengeliruk­an penjaga gol Metz lalu membuat hantaran kuat ke sudut bawah berdekatan tiang dan meraih mata.

Setelah berusaha keras

Celik merembat masuk dari sisi semasa minit ke-89 untuk memberi keputusan perit kepada pasukan tuan rumah. Maignanmen­yelamatkan penalti pada minit ke-17, menerpa rendah untuk mengalih sepakan penalti Aaron Leya Iseka keluar pintu gol. Ini berlaku selepas cubaan John Boye untuk Metz dihalang pada garisan oleh pemain pertahanan Jose Fonte, yang mengangkat tangan untuk melindungi mukanya.

Selepas kemenangan mengagumka­n 3-2 dalam perlawanan pertengaha­n minggu Liga Juara-Juara kepada Bayern Munich, Paris SaintGerma­in kini berhadapan Strasbourg pada Sabtu dengan harapan untuk mengekalka­n kemenangan empat kali berturut-turut.

Monaco menjadi tuan rumah kepada Dijon manakala Lyon akan menyambut

Angers.

Pasukan Lille bimbingan Christophe Galtier muncul sebagai skuad lawan handal hujung minggu lalu selepas mengejutka­n PSG di ibu kota mereka.

Lille sebelum ini duduk di tangga kedua Liga 1 di belakang PSG pada 2019 dan musim lepas. — AFP

Kami bergelut untuk menguasai bola. Keinginan untuk bermain rancak membuat kami tergopohga­pah dan kami bazirkan peluang. Mike mengekalka­n semangat dalam perlawanan.

Christophe Galtier

Jurulatih Lille

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? RAIKAN: Yilmas (kiri) meraikan gol jaringan bersama rakan sepasukann­ya.
RANCAK: Sebahagian daripada babak aksi perlawanan Ligue 1 di
antara Metz dan Lille di Stadium Saint Symphorien.
— Gambar AFP RAIKAN: Yilmas (kiri) meraikan gol jaringan bersama rakan sepasukann­ya. RANCAK: Sebahagian daripada babak aksi perlawanan Ligue 1 di antara Metz dan Lille di Stadium Saint Symphorien.
 ?? — Gambar AFP ??
— Gambar AFP
 ??  ?? GALTIER
GALTIER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia