Utusan Borneo (Sarawak)

Julau bakal dapat BBP Kategori E

-

BINTANGOR: Daerah Julau bakal mendapat kemudahan balai bomba dan penyelamat (BBP) Kategori E, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin.

Menurutnya, BBP kategori tersebut sesuai bagi kawasan pedalaman dan mampu memberikan perkhidmat­an berdasarka­n syarat-syarat pembinaan sesebuah balai di kawasan-kawasan tertentu.

“Pembinaan balai bomba Kategori E di Julau akan menjadi yang pertama dibina di negeri ini.

“Secara asasnya, balai bomba Kategori E ini turut dilengkapi dengan peralatan asas seperti balai-balai bomba yang lain dan dikawal selia oleh seorang pegawai bomba dari pusat dan dibantu oleh pasukan bomba sukarela.

“Kewujudan balai bomba ini nanti diharap akan dapat memberikan perkhidmat­an yang sewajarnya kepada masyarakat di kawasan ini dan juga mempercepa­tkan tempoh masa bertindak jika berlaku sebarang kes kecemasan seperti kebakaran,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor petang semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, Pengarah JBPM Negeri Sarawak PKPjB Khirudin Drahman, Pengurus Wilayah JKR Sarawak Anding Uchi, Ahli Parlimen P.208 Sarikei Wong Ling Biu, Ahli Parlimen P.209 Julau Larry Sng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.46 Meradong Datuk Ding Kuong Hiing.

Mengulas mengenai BBP Bintangor yang baharu, Zuraida berkata ia merupakan usaha pihak kementeria­an dalam memantapka­n perkhidmat­an kebombaan di kawasan tersebut.

Jelasnya lagi, dengan dilengkapi kemudahan serba baharu dan terkini, ia diharap dapat memberikan lebih keselesaan kepada anggota bomba yang bertugas dan menyuntik semangat untuk meningkatk­an kualiti perkhidmat­an kepada masyarakat.

Sementara itu, Mohammad Hamdan dalam ucapan aluannya berkata, pewujudan balai bomba di kawasan Bintangor adalah satu keperluan utama dalam usaha memastikan sebarang insiden kecemasan yang berlaku dapat ditangani dengan lebih efektif dan responsif serta memastikan masyarakat sekitarnya mendapat perlindung­an kebombaan yang menyeluruh.

“Projek bernilai RM7.9 juta ini merupakan balai bomba Kategori C yang turut dilengkapi dengan kemudahan ruang jentera, padang kawad, pejabat pentadbira­n, stor logistik dan kemudahan berkaitan lain.

“Balai bomba ini akan diketuai oleh seorang Penolong Penguasa Bomba Gred KB29, seorang Pegawai Bomba Kanan I Gred KB24, serta tiga Pegawai Bomba Kanan II gred KB22, 13 Pegawai Bomba Gred KB19 dan 13 Pegawai Bomba Bantuan.

“Balai bomba ini juga dilengkapi dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender jenis Mercedes Artego, selain kenderaan marin seperti bot penyelamat bagi melaksanak­an tugas-tugas pengoperas­ian,” katanya.

Mohammad Hamdan berkata, beliau yakin BBP Bintangor berupaya memenuhi keperluan keselamata­n setempat, selain membantu menangani insiden kecemasan di kawasan daerah yang bersempada­nan.

Selepas merasmikan BBP Bintangor yang baharu, Zuraida bersama rombongann­ya bertolak ke Julau untuk melawat tapak cadangan balai bomba Kategori E di Julau.

 ??  ??
 ??  ?? SERAH KUNCI: Simbolik penyerahan Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor di antara pihak JKR dan bomba sambil disaksikan oleh Zuraida.
SERAH KUNCI: Simbolik penyerahan Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor di antara pihak JKR dan bomba sambil disaksikan oleh Zuraida.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia