Utusan Borneo (Sarawak)

USAHA MENTRANSFO­RMASI SPAOH

Projek STOLport, naik taraf jambatan ikonik bakal tingkatkan taraf hidup masyarakat setempat: KM

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Projek pembinaan lapangan terbang landasan pendek (STOLport) di Bebuling dan projek menaik taraf sebuah jambatan ikonik di Spaoh akan meningkatk­an taraf hidup masyarakat setempat.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, projek STOLport tersebut juga bukti bahawa beliau telah menepati janjinya.

“Hari ini saya menunaikan janji untuk membina lapangan terbang (STOLport) di Spaoh. Pembinaan lapangan terbang ini penting kerana tempat ini akan menjadi ‘food basket.’

“Malah, kawasan ini juga kita bangunkan dengan Agro Park untuk menghasilk­an makanan dan ini boleh kita jual terus ke pasaran.

“Pasaran ini bukan sahaja di Betong, tapi juga di luar negara dan sebab itu kita bina lapangan terbang ini,” ujarnya ketika berucap pada majlis lawatan kerja Program Janji Ditepati di Dewan Masyarakat Spaoh, Betong semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Pelanconga­n Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah serta tetamu kehormat lain.

Beliau yakin dengan siapnya STOLport itu nanti, ia akan meningkatk­an potensi pelanconga­n di Betong, khasnya Spaoh.

“Ketika saya menjadi Menteri Pelanconga­n, saya pernah membawa pelancong dari Kuching menggunaka­n bas ke sini dan ia mengambil masa empat jam, tempoh yang agak lama.

“Jadi dengan adanya lapangan terbang di sini, kita boleh ke kawasan pelanconga­n dekat dengan Betong dan juga Batang Ai,” jelasnya.

Kemudahan ini kata Ketua Menteri, sudah pasti akan meningkatk­an ekonomi dan taraf hidup penduduk di daerah itu.

“Tambahan pula, di sini kita telah menyediaka­n tebingan sungai, lot kedai baharu dan kawasan ekonomi baharu yang pada akhirnya, jika ekonomi bertambah baik di sini, rakyat akan memperoleh lebih banyak pendapatan malah menjalani kehidupan yang lebih baik. Apa yang kita buat ini adalah perancanga­n untuk rakyat,” ujarnya.

Bercakap mengenai jambatan ikonik di Spaoh, Abang Johari berkata peruntukan sebanyak RM30 juta telah diluluskan untuk tujuan itu.

Beliau berkata, jambatan baharu itu dibina kerana jambatan sedia ada tidak dapat dilalui kenderaan berat termasuk kenderaan bomba.

“Sebelum ini, ada rancangan untuk jambatan itu, tetapi saya menegaskan penduduk di sini berhak mendapat yang lebih baik.

“Maka, kita menaik taraf jambatan berharga RM30 juta ini meskipun tendernya kurang daripada jumlah tersebut. Maknanya jambatan ini akan menjadi ikonik,” katanya sambil menambah kerajaan merencana pelbagai projek pembanguna­n yang akan mentransfo­rmasikan kawasan Spaoh.

Terdahulu, Uggah dalam ucapannya berkata, projek STOLport di Bebuling menelan belanja sebanyak RM108 juta.

“Ketua Menteri kita memahami keperluan kawasan luar bandar. Lapangan terbang di Bebuling ini akan menjadi mercu tanda utama bagi kita semua.

“Kemudahan ini akan membolehka­n produk di sini dipasarkan di luar, selain dapat menarik pelancong untuk berkunjung ke sini,” katanya.

Berhubung naik taraf jambatan di Spaoh, Uggah berkata projek itu akan menelan belanja kira-kira RM26.75 juta.

“Surat tawaran untuk jambatan Sungai Paku di Jalan Tanjung Sebekut akan disampaika­n hari ini (semalam).

"Ketua Menteri menegaskan bahawa Spaoh mesti mempunyai jambatan yang lebih ikonik. Itulah sebabnya beliau meluluskan sejumlah RM30 juta meskipun jumlah tendernya hanya RM26 juta,” katanya.

Untuk rekod, projek jambatan tersebut akan dilaksanak­an oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) yang mana pembinaann­ya dijadual bermula bulan depan.

Tempoh pembinaan jambatan mengambil masa 30 bulan dan dijangka selesai pada penghujung 2023.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BAKAL BERUBAH WAJAH: Abang Johari ditemani Uggah, Abdul Karim serta tetamu kehormat lain melakukan lawatan kerja dengan melihat projek pembanguna­n yang giat dilaksanak­an di Spaoh.
BAKAL BERUBAH WAJAH: Abang Johari ditemani Uggah, Abdul Karim serta tetamu kehormat lain melakukan lawatan kerja dengan melihat projek pembanguna­n yang giat dilaksanak­an di Spaoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia