Utusan Borneo (Sarawak)

TIGA PENGGUNA JALAN RAYA DITAHAN DALAM OPS MABUK DI SIMPANG TIGA, KUCHING

-

KUCHING: Ops Mabuk di Jalan Simpang Tiga oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (BSPT) IPD Kuching berjaya mengesan tiga pengguna jalan raya mabuk, malam kelmarin.

Pemangku Ketua

Polis Daerah Kuching Superinten­den Merbin

Lisa berkata, ketiga-tiga lelaki terbabit yang berusia lingkungan 35 hingga 50 tahun pada mulanya ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

Menurutnya, hasil ujian menggunaka­n alat Evidential Breath Analyzer (EBA) mendapati ketiga-tiga mereka positif kandungan alkohol.

“Mereka kemudian ditahan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM30,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun jika sabit kesalahan,” tegas Merbin dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Merbin selain itu memberitah­u, pihaknya akan meneruskan operasi tersebut bagi membantera­s pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol.

“Operasi ini akan diteruskan bagi kita menyampaik­an mesej kerajaan untuk membendung gejala pemandu mabuk dalam usaha mengurangk­an kadar kemalangan jalan raya khususnya kemalangan maut di daerah ini,” katanya.

Selain itu, operasi yang diadakan dari jam 8.30 malam hingga awal pagi semalam juga merekodkan 31 saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan.

Jelasnya, saman tiada lesen memandu sebanyak tiga keping, lesen tamat tempoh (1), nombor pendaftara­n tidak mengikut peraturan (5), gagal menunjukka­n lesen (8), tidak memakai tali pinggang keledar (3), ubah suai ekzos (3), tiada cermin sisi (1), eksesori tidak sempurna (3), lampu silau (1), dan hon tidak berfungsi (3).

Tambahnya, sebanyak 43 kenderaan dan 63 orang diperiksa sepanjang operasi tersebut.

 ??  ?? PERIKSA: Anggota polis memeriksa kandungan alkohol menggunaka­n alat EBA.
PERIKSA: Anggota polis memeriksa kandungan alkohol menggunaka­n alat EBA.
 ??  ?? OPERASI: Sekitar operasi tersebut malam kelmarin.
OPERASI: Sekitar operasi tersebut malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia