Utusan Borneo (Sarawak)

Dua kluster baharu diisytihar di Sarawak

47 kluster COVID-10 setakat ini susulan Kluster Pujut Satu, Kluster Jalan Bambangan

- Oleh Agnes Tugong

Kluster Jalan Bambangan juga merekodkan satu kes baharu COVID-19 hari ini (semalam) meningkat kepada 14 kes setakat ini.

Kenyataan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak

KUCHING: Dua kluster jangkitan baharu COVID19 diisytihar­kan di Sarawak semalam iaitu Kluster Pujut Satu di Miri dan Kluster Jalan Bambangan di Mukah.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, Kluster Pujut Satu merekodkan satu kes baharu COVID-19 semalam menjadikan jumlah kes jangkitan melibatkan kluster ini meningkat kepada 24 kes setakat ini.

Seramai 116 individu disaring di bawah kluster ini di mana 90 individu didapati negatif dan dua masih menunggu keputusan ujian makmal.

“Kluster Jalan Bambangan juga merekodkan satu kes baharu COVID-19 hari ini (semalam) meningkat kepada 14 kes setakat ini.

“Seramai 72 individu telah disaring di mana 14 kes didapati positif dan 58 individu masih menunggu keputusan ujian makmal,” katanya.

Dengan penambahan dua kluster baharu ini, jumlah kluster yang aktif di Sarawak kini adalah sebanyak 47 kluster.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 13 kluster melaporkan penambahan kes manakala 34 kluster lagi tiada penambahan kes.

JPBNS turut memaklumka­n Daerah Matu telah bertukar dari status Kuning kepada status Merah setelah merekodkan 42 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah meningkat kepada 14 daerah termasuk Mukah, Sri Aman, Sarikei, Beluru, Samarahan, Serian, Julau, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu.

Manakala daerah berstatus Kuning menurun kepada 16 daerah iaitu Dalat, Daro, Asajaya, Lawas, Bukit Mabong, Belaga, Betong, Lubok Antu, Tatau, Tanjung Manis, Song, Pakan, Tebedu, Bau, Selangau dan Limbang.

Lima daerah iaitu Subis, Saratok, Sebauh, Marudi dan Kanowit kekal berstatus Jingga, manakala lima daerah lain iaitu Telang Usan, Lundu, Pusa, Simunjan dan Kabong kekal berstatus Hijau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia