Utusan Borneo (Sarawak)

Bomoh ditahan, disyaki cabul budak perempuan

-

SIBU: Seorang bomoh lelaki berusia 68 tahun ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun pada 14 Mac di sebuah hotel bajet di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, kejadian itu disedari setelah mangsa menceritak­annya kepada ibu saudara yang seterusnya memberitah­u ibu mangsa mengenai perbuatan keji suspek.

Susulan itu katanya, ibu mangsa, 33, membuat laporan polis pada 7 April.

Menurutnya, sebelum kejadian pada 14 Mac itu, pengadu ditemani oleh suaminya pergi ke sebuah hotel untuk mendapatka­n rawatan kerana berasa lemah badan.

Pengadu juga membawa bersama dua anak perempuann­ya termasuk mangsa.

Setelah selesai berubat, suspek mendakwa mangsa telah dirasuk roh jahat dan perlu dirawat olehnya.

Lelaki itu kemudian membawa mangsa ke bilik air untuk dimandikan tanpa dilihat oleh ibu bapanya kerana tidak dibenarkan.

Mangsa telah dirawat oleh suspek selama 15 minit dan dipercayai ketika itu suspek telah melakukan amang seksual terhadapny­a.

“Setelah selesai dirawat, bapa mangsa telah memberikan suspek RM50 sebagai upah mengubati isterinya dan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya lagi, suspek telah ditangkap di sebuah rumah kongsi pada jam 1.30 pagi pada 8 April.

Mangsa juga telah dibawa ke Hospital Sibu untuk peneriksaa­n lanjut, tambahnya.

“Suspek telah direman untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta KesalahanK­esalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017),” tambah beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia