Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan suspek kes rompakan bersenjata di Pujut ditahan

-

MIRI: Seramai lapan individu ditahan kerana disyaki terlibat secara langsung dan tidak langsung berkaitan dengan kes rompakan bersenjata ke atas sebuah rumah di Pujut di sini awal minggu ini.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari berkata tangkapan dibuat setelah Ops Cantas dilancarka­n Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri bagi mengesan suspek insiden rompakan tersebut.

“Hasil daripada Ops Cantas ini, BSJ IPD Miri berjaya menemui kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang ditinggalk­an oleh perompak di sebuah kawasan semak berdekatan Jalan Kuala Baram.

“Pihak BSJ IPD Miri berjaya menahan empat suspek yang terlibat secara langsung dalam insiden rompakan tersebut, manakala empat lagi individu turut ditahan kerana disyaki menyimpan barang-barang hasil rompakan.

“Dengan tertangkap­nya individu-individu ini, BSJ IPD Miri berjaya menyelesai­kan satu lagi kes pecah kedai melibatkan sebuah kedai aksesori kereta di kawasan Senadin pada Februari lalu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Hakemal berkata hasil tangkapan tersebut, polis berjaya merampas semua barangan yang dicuri serta peralatan yang digunakan untuk melakukan kegiatan merompak dan pecah rumah terbabit.

“Antara yang dirampas ialah sebuah kenderaan 4WD, empat unit telefon bimbit pelbagai jenama, satu botol minuman keras, 55 biji komponen elektronik sistem penggera kereta pelbagai jenama, satu unit gergaji berantai, kunci kereta, dua bilah parang, satu bilah kapak dan satu batang pahat,” ujarnya.

Beliau berkata, kesemua suspek telah direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.

“Kes-kes yang membabitka­n kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan rompakan berkumpula­n, Seksyen 379 KK atas kesalahan mencuri, Seksyen 412 KK kerana menerima harta yang dicuri melalui rompakan berkumpula­n dan Seksyen 457 KK kerana pecah kedai,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian kira-kira jam 4.01 pagi Selasa lalu, satu laporan polis diterima daripada seorang lelaki yang memaklumka­n rumah bapanya dirompak oleh dua lelaki tidak dikenali.

Hakemal berkata, salah seorang perompak bertindak mengacukan sebilah parang ke leher bapa pengadu yang ketika itu terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi bising dalam rumahnya.

“Dalam kejadian itu, kedua-dua perompak berjaya melarikan sebuah kenderaan jenis 4WD milik mangsa, televisyen, sebotol minuman keras, telefon bimbit dan sebuah gergaji berantai.

“Anggaran kerugian yang dialamiole­hmangsaada­lahsebanya­k RM130,000,” ujarnya.

Dalam perkembang­an lain, Hakemal berkata pihak BSJ IPD Miri berjaya menyelesai­kan 23 kes pecah rumah di kawasan sekitar Senadin, Permyjaya, Pujut, Tudan dan Lutong.

Beliau menyeru seluruh masyarakat di sini untuk membantu pihak polis dalam usaha mencegah dan membantera­s jenayah dengan menyalurka­n maklumat berkaitan kes-kes jenayah yang berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia