Utusan Borneo (Sarawak)

Abdullah agih MRP RM166,000 dan RTP RM1.4 juta untuk DUN Semop-Bintangor

-

PULAU BRUIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop Abdullah Saidol mengagihka­n geran projek kecil luar bandar (MRP) keseluruha­n berjumlah RM166,000 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop.

Geran yang diagihkan itu sempena lawatan kerja dua harinya di empat lokasi yang bermula pada Jumaat (9 April).

Abdullah berkata, pengagihan MRP itu melibatkan 15 masjid dan tujuh surau di Semop melibatkan keseluruha­n peruntukan sebanyak RM26,000 bagi menampung aktiviti masjid dan surau semasa Ramadan.

Selain itu, katanya 17 unit SABERKAS Cawangan Semop menerima sumbangan RM1,000 setiap unit dengan jumlah keseluruha­n RM17,000.

“Sumbangan kepada unitunit SABERKAS setiap kampung ini adalah untuk program pengagihan bubur lambok dan kuih-muih yang akan diadakan semasa bulan puasa nanti,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut mengagihka­n sumbangan MRP kepada empat persatuan, 22 persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) dan dua Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK).

Jelasnya, 22 PIBG dalam DUN Semop itu menerima peruntukan keseluruha­n berjumlah RM22,000 bagi menjalanka­n program sempena Ramadan.

Antara penerima sumbangan, Gerakan Prihatin Pulau Bruit menerima RM3,000, Kelab Sokanjaya Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarikei (RM3,000), Persatuan Kebajikan Islam JKR Sarikei (RM3,000), SABERKAS Cawangan Meradong (RM50,000) untuk pembinaan padang simen serba guna, JKKK Kampung Serdeng (RM6,900) dan Jawatankua­sa Masjid Kampung Tekajong (RM2,500) untuk tujuan pembelian komputer dan mesin cetak.

Semasa upacara ringkas di Masjid Darul Taqwa Bintangor, Meradong, Abdullah juga mengumumka­n pelaksanaa­n enam projek RTP yang melibatkan kos RM1.4 juta.

Acara penyampaia­n sumbangan tersebut diadakan di Masjid Kampung Penipah, Masjid Kampung Saai dan Masjid Kampung Serdeng.

Abdullah juga sempat singgah di Rumah Panjang Peter Minggat di Jalan Sibu Tanjung Manis untuk menyampaik­an sumbangan kepada JKKK rumah panjang tersebut sebanyak RM33,000 untuk projek gotong-royong menembuk jalan di depan rumah panjang mereka.

Semasa lawatan kerja itu, beliau yang ditemani pegawai JKR Sarikei dan ketua masyarakat turut melawat tapak pembinaan Dewan Masyarakat baharu Kampung Tanjung Bundung bernilai RM430,000.

Beliau turut menyaksika­n acara ringkas penyerahan projek siap baik pulih Masjid

Kampung Saai bernilai RM200,000 oleh pegawai JKR Daro, Akmal Safrina Ahmad kepada Jawatankua­sa Masjid Saai.

Dalam lawatan kerja itu, Abdullah yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) mengingatk­an pemimpin-pemimpin kampung untuk mengurus sumbangan tersebut dengan berhemah dan sentiasa berwaspada tentang ancaman virus COVID-19.

Beliau juga menasihat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang diedarkan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mengenai peraturan majlis keagamaan di masjid atau surau sepanjang Ramadan ini.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abdullah ketika menyampaik­an MRP ketika lawatan kerjanya di kawasan DUN Semop.
UNTUK ALBUM: Abdullah ketika menyampaik­an MRP ketika lawatan kerjanya di kawasan DUN Semop.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia