Utusan Borneo (Sarawak)

Istilah wilayah, Sarawak tunggu hasil rundingan MA63

Cadangan penggunaan diterima, namun Sarawak serah kepada pakar undang-undang tentukan istilah sebenar: KM

- Oleh Agnes Tugong

Biarkan pakar undang-undang menentukan istilah sebenar. Kita masih

” berbincang di bawah MA63.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

KUCHING: Penggunaan istilah wilayah bagi Sarawak bergantung kepada hasil rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ketika ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, penggunaan istilah tersebut adalah cadangan daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan diterima oleh Sarawak.

Tetapi katanya, sama ada ia akan diguna pakai oleh Sarawak atau tidak bergantung kepada hasil rundingan MA63 ketika ini.

“Biarkan pakar undangunda­ng menentukan istilah sebenar. Kita masih berbincang di bawah MA63,” ujarnya pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah

Stadium Mini Balai Ringin, Serian semalam.

Tambah Abang Johari, Sarawak telah membangkit­kan peruntukan­nya dalam Perkara 160 (2) Perlembaga­an Persekutua­n dari sudut tafsiran persekutua­n.

“Dalam peruntukan sekarang ia merujuk kepada Persekutua­n Tanah Melayu sahaja iaitu Perjanjian Persekutua­n Tanah Melayu.

“Dalam MA63, pembentuka­n Malaysia adalah terdiri daripada tiga wilayah satunya wilayah Persekutua­n Tanah

Melayu, keduanya Sabah, Sarawak dan Singapura.

“Memang Singapura telah keluar, jadi kita negeri Sarawak meminta supaya perlembaga­an ini dipinda mengikut Perjanjian Malaysia selain daripada Persekutua­n Tanah Melayu (lebih baik digabungka­n) barulah dapat menukarkan Perkara 1(2) dalam Perlembaga­an iaitu Malaysia terdiri daripada Persekutua­n Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Mengenai cadangan pembanguna­n di Balai Ringin,

Abang Johari berkata ia akan dipertimba­ngkan oleh kerajaan negeri dengan per- ancangan yang holistik.

Apa yang lebih penting katanya, adalah untuk memastikan bekalan air di Balai Ringin mencapai liputan 100 peratus menjelang 2024.

Ketika ini katanya, liputan bekalan air di Balai Ringin hanya 30 peratus dan perlu dipertingk­atkan kepada liputan 100 peratus.

Terdahulu dalam ucapannya, Abang Johari meluluskan peruntukan tambahan RM5 juta bagi pembinaan Stadium Mini Balai Ringin.

Pembinaan stadium tersebut telah diluluskan dengan peruntukan RM10 juta ketika lawatan kerja beliau ke Lachau pada 2019.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Masing, Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan serta yang lain.

 ?? — Gambar Penerangan ?? MODEN: Abang Johari mendengar keterangan daripada Snowdan (kiri) mengenai pelan pembinaan Stadium Mini Balai Ringin. Turut kelihatan Masing (kanan).
— Gambar Penerangan MODEN: Abang Johari mendengar keterangan daripada Snowdan (kiri) mengenai pelan pembinaan Stadium Mini Balai Ringin. Turut kelihatan Masing (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia