Utusan Borneo (Sarawak)

Stadium Mini Balai Ringin medan cungkil bakat baharu: Snowdan

-

KUCHING: Stadium Mini Balai Ringin yang mana kini dalam pembinaan akan menjadi medan bagi mencungkil bakat baharu yang akan mewakili Sarawak dalam pelbagai bidang sukan.

Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan berkata, pembinaan stadium tersebut telah bermula awal tahun ini dan mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan.

Dengan siapnya prasarana ini nanti katanya, banyak aktiviti sukan dan belia dapat dijalankan untuk golongan belia dari kawasan Serian, Simunjan dan Sri Aman.

“Cadangan pembinaan stadium ini telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM10 juta dengan keluasan lebih 20 ekar.

“Disebabkan banyak komponen dimasukkan dalam pembinaan stadium ini, peruntukan sedia ada tidak mencukupi dan kita mohon peruntukan tambahan RM5 juta daripada kerajaan negeri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Stadium Mini Balai

Ringin di Serian semalam oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Asfia Awang Nasar serta yang lain.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata stadium itu dilengkapi pelbagai kemudahan antaranya padang bola sepak bertaraf antarabang­sa dan trek larian yang dibina menggunaka­n bahan getah.

Selain itu katanya, stadium itu juga mempunyai tempat duduk yang mampu menampung 1,000 penonton, gelanggang badminton, sepak takraw, futsal, dinding memanjat batu, pejabat, bilik mesyuarat dan sebagainya.

“Saya percaya apabila siap dibina nanti, stadium ini akan mengubah landskap Balai Ringin. Saya juga percaya stadium ini dapatmembe­rikemudaha­nbaik untuk melahirkan ramai atlet di Sarawak,” katanya.

Sebagai makluman terdapat 15 atlet Sukan Malaysia (SUKMA) dari Balai Ringin yang mewakili Sarawak dalam sukan bola sepak ragbi, tenis, sepak takraw dan acara larian 100, 200 dan 400 meter.

Seorang lagi atlet kebanggaan dari Balai Ringin ialah jaguh bina badan negara, Buda Anchah yang mewakili negara dalam pelbagai kejohanan.

 ?? — Gambar Penerangan ?? TERIMA KASIH: Snowdan (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Abang Johari sebagai tanda penghargaa­n disaksikan Asfia (dari kiri), Abdul Karim dan Masing.
— Gambar Penerangan TERIMA KASIH: Snowdan (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Abang Johari sebagai tanda penghargaa­n disaksikan Asfia (dari kiri), Abdul Karim dan Masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia