Utusan Borneo (Sarawak)

300 keluarga memerlukan terima bantuan sempena ulang tahun ke-60 CHKMUS

-

KUCHING: Majlis Penyampaia­n Kasih Sayang sempena Ulang Tahun Ke-60 Che Hia Khor Uplifting Society (CHKMUS) menyaksika­n 300 keluarga kurang berkemampu­an menerima bantuan, semalam.

Pada majlis itu, CHKMUS turut menyumbang­kan kerusi roda kepada rumah warga emas dan rumah kanak-kanak yang mempunyai kesukaran bergerak.

“CHKMUS adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang telah banyak menyumbang, selain menjadi teladan kepada semua kerana telah membantu ramai golongan yang memerlukan sejak 60 tahun lalu. Pihak CHKMUS sememangny­a konsisten dalam mengatur aktiviti, menyebarka­n ajaran dan nilai moral yang baik serta memberikan bantuan kepada yang memerlukan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan rekreasi,” kata Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Kelurga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah menerusi satu kenyataan, semalam.

Sarawak tegasnya amat bertuah kerana mempunyai masyarakat contoh yang banyak membantu dalam memberi kesejahter­aan kepada rakyat seperti CHKMUS.

Beliau turut berharap lebih banyak NGO berorienta­sikan wanita, keluarga dan masyarakat bukan sahaja di Sarawak tetapi juga seluruh Malaysia mencontohi CHKMUS.

Setakat ini, terdapat 157 badan bukan kerajaan berorienta­sikan wanita dan keluarga yang didaftarka­n di bawah Jabatan Wanita dan Keluarga

Sarawak (JWKS).

Manakala, 199 lagi yang berorienta­sikan kebajikan didaftarka­n di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS).

“Kita ingin menjadi sebuah negara maju secara ekonomi dengan pendapatan tinggi tetapi pada masa sama, kita mahu orang Sarawak mempunyai nilai dan hati yang baik, saling hormat-menghormat­i dan sentiasa bersedia untuk membantu,” ujarnya lagi.

 ??  ?? TERIMALAH: Fatimah (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima pada Majlis Penyampaia­n Kasih Sayang sempena Ulang Tahun Ke-60 CHKMUS, semalam.
TERIMALAH: Fatimah (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima pada Majlis Penyampaia­n Kasih Sayang sempena Ulang Tahun Ke-60 CHKMUS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia