Utusan Borneo (Sarawak)

Persiapan awal gerakkan jentera strategi kemenangan buat GPS

-

LIMBANG: Persiapan lebih awal yang dilakukan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam menggerakk­an jenteranya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah salah satu strategi untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, selain bergerak awal sebelum ini, dasar dan program pembanguna­n yang dilaksanak­an boleh menjadi faktor penentu kemenangan parti itu.

Jelas beliau, dasar kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersama wakil rakyat yang bekerja keras menyaksika­n pelbagai perubahan berlaku termasuk di konstituen­si Bukit Kota.

“Ketua Menteri dan wakil rakyat bekerja keras dan kita boleh nampak pelbagai perubahan berlaku di peringkat atas hingga akar umbi yang menikmati kemudahan asas seperti air, elektrik, jalan, dewan, surau dan tiada tempat yang tersisih. Jentera kita akan sentiasa bergerak, walaupun tidak dapat berkempen secara bersemuka, tetapi meneruskan lawatan kerja ke setiap kampung,” ujarnya pada pada Penutupan Seminar Kepimpinan Komuniti Bukit Kota di Dewan Kampung Bunga Raya Limbang, semalam.

Mengiringi beliau ialah Wali Kota Majlis Daerah Limbang yang juga Ketua Pemuda PBB Bukit Kota Kaunselor Sufian Mohat.

ADUN Bukit Kota itu berkata lagi, pihaknya juga menjalanka­n pendekatan mendekati rakyat melalui media sosial seperti Telegram dan Instagram serta aplikasi WhatsApp yang turut dikongsi pengguna media sosial.

“Selain lawatan kerja, program dan aktiviti yang kita lakukan turut dimuat naik melalui laman sosial yang respons yang diterima amat baik,” ujarnya lagi.

Dr Abdul Rahman juga berkongsi rasa gembira dan puas hati sebagai wakil rakyat selepas melihat banyak perubahan sebelum dan selepas beliau menceburi bidang politik.

“Apa yang menjadi kepuasan kita apabila dapat melihat perubahan sebelum dan selepas kita menjadi ahli politik, memang nampak perubahan.

“Siapa yang menidakkan perubahan seolah-olah ‘ada mata buta, ada mulut bisu’. Ini hasil kita bersama,” ujarnya.

Menurutnya, perubahan itu juga adalah perancanga­n bersama ketua kampung yang menjaga kampung masingmasi­ng dan perlu mengetahui kemahuan dan permintaan di peringkat kampung.

“Bila sampai hari raya (pilihan raya) tunaikan tugas masing-masing dan pengundi perlu mengundi GPS untuk meneruskan agenda pembanguna­n yang telah, sedang dan akan dilaksanak­an,” katanya.

 ??  ?? UNTUKMU: Sufian (kanan) menyerahka­n cenderamat­a kepada Dr Abdul Rahman (dua kiri) sambil disaksikan yang lain, semalam.
UNTUKMU: Sufian (kanan) menyerahka­n cenderamat­a kepada Dr Abdul Rahman (dua kiri) sambil disaksikan yang lain, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia