Utusan Borneo (Sarawak)

PSB berbilang kaum, pilihan lebih baik berbanding DAP

PSB juga pilihan lebih baik daripada GPS yang mempunyai pautan dan UMNO dan bekerjasam­a dengan PAS: Wong

-

KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) adalah pilihan yang lebih baik untuk rakyat Sarawak berbanding Parti Tindakan Demokratik (DAP) kerana ia adalah parti yang diasaskan daripada berbilang kaum.

Presidenny­a Dato Sri Wong Soon Koh berkata, DAP adalah parti pembangkan­g dari Semenanjun­g Malaysia sementara PSB adalah parti pembangkan­g yang berpusat di Sarawak.

“DAP berasal dari Semenanjun­g Malaysia, jadi saya katakan PSB adalah pilihan yang lebih baik untuk pengundi di Sarawak semasa pilihan raya negeri.

“PSB juga merupakan pilihan yang lebih baik daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana GPS mempunyai pautan dengan UMNO yang bekerjasam­a dengan PAS sekarang.

“Walaupun mereka selalu menafikann­ya, itu adalah fakta,” katanya pada sidang media selepas pelancaran pejabat cawangan PSB Kota Sentosa dan pusat khidmat Batu Kitang di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan itu berkata, PSB juga pilihan yang lebih baik daripada GPS kerana tidak seperti GPS, ia tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik di Semenanjun­g Malaysia.

Katanya, jika tidak kerana GPS, kerajaan PN tidak akan dibentuk.

“Mereka (GPS) adalah ‘king maker’, mereka yang meletakkan UMNO dan PAS untuk berkuasa,” katanya.

Wong berkata, biarpun PSB adalah pilihan lebih baik daripada DAP, beliau tidak menolak kemungkina­n perbincang­an antara mereka dan parti pembangkan­g lain pada masa akan datang apabila diperlukan.

Beliau bagaimanap­un berkata, perbincang­an dengan pihak pembangkan­g yang berfikiran serupa mesti dilakukan secara tertutup dan sulit.

PSB katanya, tidak percaya untuk merundingk­an syarat melalui akhbar, sambil menambah mereka tidak akan menawarkan syarat dan kerjasama melalui akhbar.

Terdahulu dalam ucapannya, Wong berkata selama bertahun-tahun selepas pilihan raya, pengundi di bandar telah memberikan suara

DAP berasal dari Semenanjun­g Malaysia, jadi saya katakan PSB adalah pilihan yang lebih baik untuk pengundi di Sarawak semasa pilihan raya negeri.

Dato Sri Wong Soon Koh

mereka kepada parti-parti pembangkan­g.

Menjelaska­n alasan mengapa masyarakat bandar bersikap demikian dalam memilih pembangkan­g, Wong berkata ini kerana mereka berasakan mungkin ada ketidakadi­lan, terdapat ketidaksam­aan dalam pelaksanaa­n polisi.

“Mungkin mereka berasakan ada kerosakan, rasa tidak adil dan mungkin ada banyak rungutan yang membuat mereka tidak senang dan itulah sebabnya mereka memberikan undi kepada pembangkan­g.

“Dahulu, mungkin mereka tidak punya pilihan. Sekiranya mereka tidak berpuas hati, mereka memberikan undi kepada pembangkan­g seperti DAP, PKR dan sebagainya.

“Tetapi sekarang, kita menyediaka­n alternatif yang mana PSB, sebuah parti bebas yang berpusat di sini,

Presiden PSB

berjuang untuk keadilan, untuk kesaksamaa­n dan untuk kemajuan,” katanya.

Beliau berharap pada pilihan raya yang akan datang, rakyat Sarawak dapat benar-benar berfikir dengan teliti dan benar-benar mahu memastikan bahawa undi mereka diberikan ke arah yang betul, untuk parti yang tepat.

Katanya, PSB menyediaka­n platform baharu untuk dipilih oleh semua rakyat Sarawak.

Jelasnya lagi, jika rakyat memilih DAP, itu adalah parti yang berpangkal­an di Semenanjun­g Malaysia dan mereka hanya bertanding dalam beberapa kerusi seolah-olah mereka dapat mengubah nasib rakyat atau kedudukan politik.

“Sekiranya anda memberikan undi untuk SUPP atau GPS secara keseluruha­n, semuanya tidak akan berubah. Mungkin, mulai sekarang hingga 20 atau 30 tahun, ia akan sama.

“Kita harus membawa perubahan, itu yang penting. PSB adalah parti bebas, kita tidak akan ada kaitan dengan politik Semenanjun­g Malaysia.

“Kita di sini mahu menjaga kepentinga­n dan hak kita dan Sarawak,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Agung PSB George Lo, Naib Presiden dan ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong, ADUN Batu Lintang See Chee How, calon PSB yang berpotensi untuk Kota Sentosa.

Hadir sama Datuk Dr Lau Pang Heng dan calon berpotensi PSB untuk Batu Kitang Liu Thian Leong.

 ??  ?? PERJELAS: Wong pada sidang media selepas pelancaran pejabat cawangan PSB Kota Sentosa dan pusat khidmat Batu Kitang di Kuching, semalam. Turut kelihatan, Lo (kanan) dan Dr Rayong.
PERJELAS: Wong pada sidang media selepas pelancaran pejabat cawangan PSB Kota Sentosa dan pusat khidmat Batu Kitang di Kuching, semalam. Turut kelihatan, Lo (kanan) dan Dr Rayong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia