Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli PSB perlu bekerjasam­a, utamakan parti menjelang PRN, kata Dr Rayong

-

KUCHING: Naib Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dr Johnical Rayong mengingatk­an semua ahi parti untuk bekerja secara bersatu dan bersungguh-sungguh dalam persiapan terakhir untuk pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Katanya, semua ahli mesti mengutamak­an kepentinga­n parti untuk memastikan PSB memenangi kerusi sebanyak mungkin.

“Tujuan kita adalah untuk mendapatka­n majoriti untuk membentuk kerajaan Sarawak yang seterusnya; untuk membolehka­n PSB menawarkan tadbir urus yang baik dalam pentadbira­n kerajaan dan memperbaik­i semua kekurangan dan ketidakadi­lan sosial yang ada sekarang.

“Pada masa sama, majoriti juga akan membolehka­n PSB berjuang untuk mendapatka­n kembali semua hak kita di bawah Perjanjian Malaysia 1963 sebelum terlambat,” katanya pada perasmian pejabat cawangan PSB Kota Sentosa dan pusat khidmat Batu Kitang di Batu 7 di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili berkata, sebagai parti politik tempatan yang baharu dan parti pembangkan­g tempatan terbesar di Sarawak, PSB harus bersedia untuk bertanding dalam pilihan raya Parlimen dan negeri dan memenangi sebanyak mungkin kerusi.

Beliau berkata, ini akan membolehka­n PSB menyalurka­n aspirasi rakyat Sarawak di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Katanya, PSB sentiasa mengambil berat mengenai kesejahter­aan rakyat Sarawak dari semua kaum sentiasa diutamakan.

Katanya, terdapat banyak kekurangan dan ketidakadi­lan dalam pentadbira­n kerajaan Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) Sarawak sejak 58 tahun yang lalu.

Beliau berkata sebagai contoh, perkhidmat­an awam Sarawak dalam badan kerajaan dan badan berkanun tidak seimbang antara kaum dengan kumpulan perkauman 26 peratus yang mengambil 90 peratus jawatan.

Kumpulan ini juga menikmati hampir semua subsidi yuran universiti sementara belia kaum lain terus diketepika­n.

“Sekarang ini majoriti rakyat Sarawak mahukan perubahan.

“Perubahan nyata bagi kerajaan yang lebih baik untuk bekerja demi kesejahter­aan penuh dan faedah rakyat hanya dapat dicapai jika PSB dapat membentuk kerajaan,” katanya.

 ??  ?? DR RAYONG
DR RAYONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia