Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih ramai rakyat Sarawak dilatih jadi anggota MOCSAR

Pasukan pertama di Taman Negara Mulu, lebih banyak lokasi dikenal pasti untuk mempunyai pasukan tersebut: Zuraida

- Oleh Florence Nervyn

Jadi kita memilih dan melatih mereka untuk menjadi anggota pasukan MOCSAR kerana mereka ada pengetahua­n asas mengenai kawasan tersebut.

SIBU: Lebih ramai rakyat Sarawak akan dilatih untuk menjadi sebahagian daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua (MOCSAR), kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, pasukan MOCSAR pertama di Sarawak telah ditubuhkan di Taman Negara Mulu yang bertindak sebagai pasukan mencari dan menyelamat di gunung dan gua.

Menurutnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menjangkau lebih banyak tempat dan empat atau lima lokasi gua dan gunung telah dikenal pasti untuk mempunyai pasukan MOCSAR.

“Kita melihat perlunya menubuhkan pasukan MOCSAR. Anggota pasukan MOCSAR terdiri daripada warga tempatan yang biasa dengan tempat dan kawasan terse

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan but.

“Jadi kita memilih dan melatih mereka untuk menjadi anggota pasukan MOCSAR kerana mereka ada pengetahua­n asas mengenai kawasan tersebut,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya di sini, semalam.

Zuraida berkata, anggota MOCSAR juga akan diberikan kemahiran untuk memberi rawatan awal ke atas mangsa yang mengalami kecederaan semasa mendaki gunung dan gua.

“MOCSAR adalah unit baharu ditubuhkan JBPM untuk memberi perkhidmat­an kebombaan yang lebih berkesan kepada masyarakat di samping unit lain HAZMAT, Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), Rapid Interventi­on Motorcycle Team dan sebagainya,” ujarnya.

Zuraida berkata, pasukan bomba di Malaysia semakin berkembang dari segi penubuhan pelbagai pasukan untuk memberikan pelbagai aspek perkhidmat­an kepada masyarakat.

“JBPM juga akan melatih lebih ramai penduduk tempatan untuk pasukan bomba sukarela dan bomba komuniti yang menjadi antara yang pertama memberi bantuan ketika berlaku kecemasan,” katanya.

Setakat ini katanya, 53 pasukan bomba sukarelawa­n telah ditubuhkan dengan keanggotaa­n sekitar 2,900 anggota di Sarawak dan kira-kira 600 rumah panjang juga telah menjadi sebahagian daripada pasuka bomba komuniti.

Sementara itu, BBP Sibu Jaya yang bernilai RM5.8 juta merupakan balai bomba Kategori C dan turut dilengkapi dengan kemudahan ruang jentera, padang kawad, pejabat pentadbira­n, stor logistik dan kemudahan lain.

Hadir sama Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Ts. Mohammad Hamdan Wahid, Pengarah JBPM Sarawak Khirudin Drahman, Ketua JBPM Zon Sibu Janggan Muling, Ahli Parlimen Tebrau Johor Steven Choong Shiau Yoon, Pengurus Wilayah Tengah Jabatan Kerja Raya Sarawak Ir Anding Unchi.

Datuk Zuraida Kamaruddin

 ??  ?? KEMUDAHAN BAHARU: Anding (kanan) secara simbolik menyerahka­n replika kunci BBP Sibu Jaya kepada Khirudin (dua kiri) sambil disaksikan Zuraida (dua kanan) dan Mohammad Hamdan (kiri).
KEMUDAHAN BAHARU: Anding (kanan) secara simbolik menyerahka­n replika kunci BBP Sibu Jaya kepada Khirudin (dua kiri) sambil disaksikan Zuraida (dua kanan) dan Mohammad Hamdan (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia